Permohonan Pelajar Secara Online Ke UMP Meningkat

Diterbitkan: Jumaat, 22 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Universiti Malaysia Pahang (UMP) mencatat peningkatan sebanyak 30 peratus bagi permohonan kemasukan secara online ke universiti itu untuk sesi 2011/2012.

Naib Canselornya Prof Datuk Daing Nasir Ibrahim berkata seramai 1,738 pelajar memohon melanjutkan pengajian di UMP secara online berbanding 1,046 pelajar pada tahun lepas.

"Peningkatan ini hasil daripada penawaran program kejuruteraan yang berdaya saing oleh UMP," katanya kepada pemberita selepas majlis mesra media jom makan durian di sini.

Beliau berkata bagi sesi pengajian yang akan bermula pada 4 September itu, seramai 2,208 pelajar telah ditawarkan pengajian dalam 23 program kejuruteraan dan teknologi daripada keseluruhan permohonan berjumlah 15,921.

Daing berkata pengambilan sesi baru itu masih didominasi oleh pelajar perempuan dengan seramai 1,163 orang iaitu 53 peratus berbanding 1,045 pelajar lelaki. – BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan