Unikl & VMU Kerjasama Tawar Program Perubatan

Diterbitkan: Khamis, 14 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Universiti Kuala Lumpur-Kolej Perubatan Diraja Perak (RCMP) dan sebuah kumpulan pendidikan terulung India, Vinayaka Missions University (VMU) menjalin perkongsian bijak untuk memulakan program perubatan peringkat ijazah, Program Perubatan UniKL-Salem.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UniKL, Datuk Dr Abdul Hakim Juri berkata pengambilan pertama 50 pelajar tajaan MARA bagi program perubatan UniKL-Salem memulakan pengajian pada 4 Julai lalu di kampus RCMP Ipoh.

"Perkongsian bijak antara VMU dan UniKL-RCMP juga menyediakan peluang untuk usahasama dalam penyelidikan membabitkan penuntut dan tenaga pengajar," kata beliau.

Pro Canselor VMU Datuk Dr Sharavanan Shanmugasundaram kumpulan pendidikan itu akan melabur sehingga RM40 juta untuk mewujudkan sebuah hospital serba moden yang mempunyai 200 katil di Salem, India, khusus bagi melatih para penuntut perubatan yang mengikuti program pengajian itu.

"Perkongsian ini adalah satu peluang bagi membangunkan hubungan perubatan antara India dan Malaysia yang mempunyai sejarah panjang yang menyaksikan ramai doktor Malaysia mendapat latihan perubatan di India," katanya. Program Perubatan UniKL-Salem adalah satu latihan luar pesisir yang diadakan untuk menawarkan Ijazah Perubatan dan Surgeri (MBBS).

Di bawah program ini, ijazah perubatan dianugerahkan oleh Universiti Kuala Lumpur dan ia berpeluang melahirkan sehingga 150 doktor Malaysia setiap tahun.

Tahun ini, UniKL-RCMP menerima 1,500 permohonan pelajar tajaan MARA bagi 150 tempat pengajian MBBS yang disediakan.

VMU, sebuah institusi pendidikan yang terletak di Selatan India, diwujudkan pada 1981. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan