800 Tempat Untuk Penuntut Jalani Latihan Praktikal Dalam IC Design

Diterbitkan: Isnin, 4 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CYBERJAYA: Sejumlah 800 tempat disediakan untuk penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mengikuti latihan praktikal dalam bidang Intergared Circuit (IC) Design.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata peluang itu adalah hasil kerjasama antara Kementerian Pengajian Tinggi dan syarikat IC Microsystem Sdn Bhd.

"Kerjasama selama lima tahun itu membolehkan pelajar IPTA mendapat latihan praktikal untuk tempoh di antara dua hingga enam bulan dengan peruntukan sebanyak RM22.58 juta.

"Ini memandangkan bidang IC design itu mempunyai potensi besar dan mampu menjana pendapatan bernilai RM1 juta setahun dan industri itu juga termasuk dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP)," katanya kepada pemberita selepas melawat ICmic Sdn Bhd di sini pada Isnin.

Industri itu juga katanya mampu menyediakan peluang pekerjaan sebanyak 157,000 menjelang 2020 dan buat masa ini seramai 242 penuntut IPTA termasuk dari Sabah dan Sarawak sedang menjalani latihan.

Selain menyediakan program latihan, Mohamed Khaled berkata hubungan dengan industri itu juga dapat membantu IPTA dalam usaha mengkaji kokurikulum kejuruteraan sedia ada agar bersesuaian dengan kehendak pasaran. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan