Program Perubatan 2 Sekolah Perubatan Terkemuka Dunia Di Malaysia Kini Buka Untuk Pengambilan

Diterbitkan: Khamis, 16 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Bakal pelajar perubatan kini boleh berjimat sehingga 50% daripada apa yang perlu mereka bayar sekiranya mengikuti program yang sama selama lima tahun di luar negara jika mengambil keputusan untuk belajar di Perdana Universiti (PU).

PU akan menawarkan kursus perubatan bertaraf dunia untuk pengambilan September ini melalui Kerjasama dengan kolej perubatan berprestij dan dikenali di seluruh dunia iaitu Royal College of Surgeons, Ireland (RCSI).

“Program perubatan yang bakal dijalankan di PU adalah sama dari segi kualiti dan pengajarannya sepertimana di RCSI, Dublin,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PU, Major General (B) Datuk Dr R. Mohanadas dalam satu sidang akhbar di sini, Khamis.

PU menerima kunjungan rasmi delegasi dari RCSI.

Malah katanya, kurikulum yang bakal diperkenalkan di PU adalah sama sepertimana yang ditawarkan di RCSI dan akan dinilai berasaskan kreteria yang sama dan peperiksaan juga akan dijalankan serentak sepertimana di Dublin tetapi kos pengajian adalah separuh daripada apa yang perlu pelajar bayar jika melanjutkan pelajaran ke sana.

“Setelah melihat kemudahan pembelajaran yang ada di PU, saya berkeyakinan penuh, kualiti yang bakal ditawarkan di Malaysia adalah sama dengan apa yang kami tawarkan di Dublin. Perancangan dan persediaan untuk projek ini bukanlah baru sebaliknya telah berjalan sejak beberapa tahun lalu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif RCSI, Profesor Cathal Kelly.

Malah katanya, RCSI meletakkan kepercayaan penuh, PU akan menjadi sekolah perubatan utama di Malaysia suatu hari nanti.

Sekolah Perubatan PU-RCSI akan memulakan pengambilan pertamanya pada 19 September depan dengan kelas pengajian bermula 26 September. Pelajar yang berkelayakan mempunyai sehingga 31 Julai untuk mengemukakan permohonan mereka.

Yuran pengajian untuk tempoh lima tahun adalah bernilai RM800,000 dengan pembayaran dipanjangkan kepada 10 ansuran – satu untuk setiap semester.

Adalah disasarkan pengambilan pertama pelajar perubatan universiti ini berjumlah 100 orang dengan jumlah tenaga pengajar seramai 50 orang.

Dalam pada itu, program Pasca Siswazah Perubatan PU yang dijalankan dengan kerjasama Sekolah Perubatan Johns Hopkins University – sebuah lagi sekolah perubatan terkemuka dunia juga dijangka bermula pada bulan yang sama.

Program kerjasama membawa dua buah sekolah perubatan terkemuka dunia itu ke Malaysia dijalankan dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi dengan pihak swasta.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan