Cadangan Bangunkan Universiti Penyelidikan Khusus Untuk Sains Sosial

Diterbitkan: Selasa, 7 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang berusaha untuk membangunkan sebuah universiti penyelidikan berteraskan sains sosial menjelang tahun 2020.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata universiti seumpama itu perlu ditubuhkan kerana penyelidikan dalam sains sosial adalah perlu untuk melengkapi usaha membangunkan dan menjayakan tamadun negara.

"Negara tidak boleh hanya bergantung kepada hasil kajian dalam bidang sains dan teknologi sahaja kerana penyelidikan dalam sains sosial juga perlu kerana ia boleh membantu negara dalam soal-soal penting seperti perpaduan, penerimaan antara kaum, soal-soal ekonomi dan sebagainya," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, 15 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang sedia ada yang memenuhi kriteria yang akan ditentukan, akan dipilih menjadi universiti penyelidikan sains sosial.

"Kita mensasarkan sekurang-kurangnya satu (universiti penyelidikan sains sosial). Sekarang ada lima universiti penyelidikan tetapi berteraskan sains dan teknologi. Daripada 15 (universiti awam) itulah, siapa yang menepati kriteria (akan dipilih)," katanya.

Terdahulu beliau melancarkan fasa kedua Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) untuk tempoh 2011 hingga 2015 dengan lima fokus baru dikenal pasti untuk dilaksanakan.

Lima fokus itu ialah pengukuhan usaha melahirkan modal insan, memperkayakan kreativiti dan inovasi, memaksimumkan ekosistem pengajian tinggi, memanfaatkan globalisasi serta kepimpinan yang bertransformasi di kalangan peneraju institusi pengajian tinggi, kata Mohamed Khaled.

Dalam ucapannya beliau melahirkan kesyukuran dengan pelancaran fasa kedua PSPTN yang menandakan dua perkara besar dalam konteks PSPTN.

"Pertama, ia menandakan kita berjaya meletakkan asas kukuh bagi PSPTN dalam fasa satu pelaksanaannya. Keduanya, dengan kejayaan itu semua pihak akan memastikan kelangsungan fasa dua pelaksanaan PSPTN di mana sebanyak 23 Projek Agenda Kritikal (CAPs) di bawah fasa satu akan diteruskan pelaksanaan dan pemantauan," katanya.

PSPTN yang dilancarkan pada Ogos 2007 oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, perdana menteri ketika itu merupakan satu usaha untuk mentransformasikan pengajian tinggi negara bagi melahirkan modal insan kelas pertama yang memainkan peranan utama bagi merealisasikan wawasan Malaysia bertaraf negara maju.

Manakala CAPs merupakan penggerak atau sebagai satu pelan tindakan bagi memastikan aktiviti yang dilaksanakan berdasarkan kaedah terbaik untuk mencapai objektif ditetapkan dalam konteks sesuatu IPT antaranya tadbir urus, kepimpinan, akademia, pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan dan pembangunan, pengantarabangsaan dan industri-akademia.

Sementara itu Mohamed Khaled mencabar semua IPT supaya mula bersaing dalam menyediakan aktiviti yang boleh menghasilkan Nobel Laurette yang boleh menjadi kebanggaan negara dan dunia menjelang tahun 2020.

"Kita tidak mahu setakat buat penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengkomersilan. Tetapi kita mahu impak dan sumbangan kita kepada khazanah ilmu dan nama baik reputasi negara di peringkat dunia dapat dilakukan," katanya.

Beliau juga berharap koloborasi dan sinergi antara IPTA dan swasta dipergiatkan supaya IPTA yang mempunyai bakat yang banyak boleh digunakan untuk membantu pembangunan IPTA baru dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

"Selain itu 'cross-fertilization' yang diamalkan dalam sektor awam boleh dipanjangkan dari IPTA ke IPTS. Penyelidik-penyelidik IPTA boleh membantu pembangunan R&D di IPTS.

"Pengurusan IPTA pula dapat berkongsi amalan-amalan terbaik IPTS dari segi pengurusan korporat, penjanaan pendapatan dan lain-lain. Sinergi ini akan membolehkan IPTS turut memainkan peranan penting dalam merealisasikan aspirasi Malaysia sebagai negara maju berteraskan ekonomi inovasi dan pengkomersilan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan