Biasiswa HSBC Kini Dibuka

Diterbitkan: Rabu, 18 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelajar Malaysia yang berhasrat melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan tinggi swasta dan awam tempatan kini boleh memohon Program Biasisiwa HSBC.

"HSBC tidak memerlukan ikatan perkhidmatan dan kami menawarkan latihan kepada graduan berbakat berdasarkan kepada bidang kajian mereka," kata Pengarah Eksekutif merangkap Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Bank Malaysia, Jon Addis dalam satu kenyataan, Rabu.

Biasiswa itu menawarkan pembiayaan sehingga RM10,000 setahun bagi pemohon daripada universiti atau kolej swasta dan sehingga RM8,000 setahun bagi pelajar di universiti awam.

Mereka yang berminat boleh melayari laman web www.hsbc.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Tarikh tutup bagi penerimaan semua permohonan ialah pada 8 Julai, 2011. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan