Penubuhan KPM Akan Memeperkasakan Lagi Sektor Pertanian Negara - Kampus | mStar

Penubuhan KPM Akan Memeperkasakan Lagi Sektor Pertanian Negara

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT KAYU HITAM: Penubuhan Kolej Pertanian Malaysia (KPM) di Bukit Tangga di sini akan memperkasakan lagi bidang pertanian dan industri asas tani, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata tiga matlamat utama kolej itu ialah melahirkan pelajar berkemahiran tinggi menjadi usahawan tani, tenaga mahir untuk memenuhi sektor pertanian dan peluang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah.

"Sektor pertanian moden menggunakan teknologi tinggi, memerlukan pengetahuan tinggi kerana bidang itu menjadi penjana penting ekonomi negara," katanya kepada pemberita selepas melawat KPM, Sabtu.

Beliau berkata bekas pelajar KPM akan diberi kemudahan pinjaman oleh Agro Bank dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) untuk memulakan projek pertanian atau industri berasaskan pertanian.

Noh berkata kolej yang menawarkan diploma dalam pelbagai bidang pertanian itu akan mengambil lebih 2,200 pelajar selepas fasa pertama siap Februari 2012 sebelum meneruskan dengan fasa kedua membabitkan kos hampir RM200 juta.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, beliau berkata melalui Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) sehingga 2015, sektor pertanian menyediakan lebih 70,000 peluang pekerjaan. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan