IPTA Disaran Tetapkan Kelulusan PHD Sebagai Kelayakan Asas Jadi Pensyarah

Diterbitkan: Jumaat, 29 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi menyarankan semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini menetapkan kelulusan doktor falsafah (PhD) sebagai kelayakan asas untuk pensyarah.

Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata ini bagi mencapai sasaran 75 peratus pensyarah berkelulusan PhD mengajar di universiti penyelidikan dan 40 peratus di universiti lain.

"Peningkatan jumlah tenaga pengajar berkualiti merupakan salah satu elemen dalam usaha memperkasakan institusi pengajian tinggi (IPT), oleh itu kementerian akan terus membantu IPT untuk menyediakan ahli akademiknya bagi meningkatkan kelayakan ke peringkat PhD," katanya ketika menjawab soalan Dr Syed Husin Ali pada persidangan Dewan Negara, Khamis.

Beliau berkata kementerian juga menggalakkan IPT menarik tenaga pengajar yang berkelayakan dan berkemahiran khusus sama ada dari luar negara atau tempatan.

"Kementerian telah mewujudkan insentif untuk menarik pakar luar menjalankan penyelidikan di IPT dengan menyediakan pakej yang menarik melalui kontrak perkhidmatan.

"IPT juga boleh menarik bakat-bakat dari industri tempatan untuk menyumbang, sama ada secara sepenuh atau separuh masa, dalam aktiviti pengajaran dan penyelidikan masing-masing bagi mengurangkan kos membiayai tenaga akademik luar negara, yang kebiasaannya mengenakan bayaran yang tinggi," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan