Karnival Media Belia Hangatkan Bandar Bersejarah

Diterbitkan: Selasa, 12 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Antara aktiviti yang diadakan di Karnival dua hari itu.
Antara aktiviti yang diadakan di Karnival dua hari itu.

BANDAR HILIR: Program mendekatkan diri dengan belia dan komuniti yang dianjurkan oleh penuntut tahun akhir Universiti Teknologi Mara (UiTM), Melaka harus dipuji dan pendekatan terbaik untuk pendedahan kepada dunia sebenar.

Menteri Besar Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam berkata, programa seumpama itu bukan sahaja dapat memberi pendedahan kepada penuntut malah memberi peluang kepada mereka untuk membuktikan kebolehan diri masing-masing dalam menganjurkan aktiviti sedemikian dan mengaplikasikan semua yang dipelajari sebelum ini di universiti.

Mohd Ali berkata, program seumpama itu juga boleh mendekatkan para mahasiswa, pihak universiti dan komuniti tidak mengira agama, bangsa dan latar belakang mereka.

"Penganjuran program seperti ini harus diberi pujian kerana ia bukan mudah untuk dianjurkan. Kerajaan negeri juga akan memberi sokongan kepada program sebegini yang menguji kebolehan mereka," katanya pada ucapan pelancaran Karnival Media Belia di sini baru-baru ini.

Hadir sama pada karnival itu adalah Pegawai Pendidikan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Gan Tian Loo dan Pengarah Kampus UiTM Melaka, Datuk Profesor Madya Dr. Mizan bin Hitam.

Karnival yang dianjurkan oleh pelajar tahun akhir Diploma Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media itu diadakan di Dataran Pahlawan dengan membawa tema Kasih Sayang 1Malaysia dan Go Green mendapat sambutan luar biasa daripada penuntut UiTM dan penduduk di kawasan sekitar.

Bersandarkan dengan objektif untuk mewujudkan belia yang positif dan penyayang tanpa mengira agama, umur dan latar belakang, selain mempelawa semua golongan belia untuk mencintai alam semulajadi sejajar dengan objektif Melaka Maju.

Karnival itu juga turut mendapat sokongan daripada 30 badan korporat di seluruh Malaysia seperti Telekom Malaysia, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Suruhnajaya Pilihan Raya (SPR), Malajah CLEO, URTV dan sebagainya.

Dalam pada itu, program pada hari pertama karnival dimulakan dengan Senam Seni 1Malaysia yang turut dihadiri oleh isteri Ketua Menteri Melaka, Datin Seri Asmah Abdul Rahman bersama-sama para pelajar dari sekolah sekitar Melaka dan orang ramai.

Karnival yang dihadiri lebih 10,000 pengunjung itu turut dihiburkan dengan persembahan artis tempatan seperti Kila Fairy, Caprice, Zoey, Tilu, Ramli Sarip, Imran Ajmain dan ramai lagi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan