suria

UniMAP Raih Dua Pingat Emas Dan Dua Perak Di Pameran Antarabangsa Geneva

KANGAR: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mencatat kejayaan sejak di awal tahun ini apabila meraih dua pingat emas dan dua pingat perak pada Pameran Rekacipta Teknik dan Produk Baru Antarabangsa kali ke-39 di Geneva, Switzerland dari 6 hingga 10 April.

Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata pingat emas diperolehi melalui produk penyelidikan bertajuk "Eye-Sim" oleh Prof Madya Dr Kenneth Al Sundaraj dan produk "Durio – Plast: As BioDegradible Polymer Composite" yang dihasilkan Dr Hakimah Osman.

Pingat perak pula diraih melalui produk penyelidikan bertajuk "An Intelligent Sign Language to Voice Communication System for Hearing Impaired" oleh Prof Madya Dr Hazry Desa dan produk penyelidikan "Green Polymer From Modified Water Hyacinth Fibers" oleh Dr Supri A Ghani.

"Ini bermakna kesemua empat produk penyelidikan yang dikemukakan UniMAP pada pameran tersebut memenangi pingat dengan 100 peratus kejayaan.

"Kejayaan ini merupakan permulaan terbaik UniMAP ke arah merealisasikan tema strategik 2011-2015 universiti iaitu "Illuminating International Visibility," kata Dr Kamarudin. - BERNAMA

Artikel Lain