AUCMS Perkenal Empat Fakulti Baru September Ini

Diterbitkan: Sabtu, 9 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS), sebuah kolej perubatan swasta di utara tanah air akan menawarkan lebih banyak program pengajian menerusi empat fakulti baru mulai September ini.

Presidennya Datuk Dr Zainuddin Md Wazir berkata kolej itu sedang menunggu kelulusan daripada kerajaan untuk membuka Fakulti Sains Sukan, Perniagaan dan Pengurusan Perubatan, Hospitaliti dan Pelancongan Perubatan dan Perubatan Tradisional.

Katanya dengan penambahan empat fakulti baru itu, ia membolehkan kolej itu menarik lebih ramai pelajar iaitu sehingga 5,000 orang untuk mengikuti pengajian di AUCMS.

"Sekarang kita ada 2,500 pelajar sedang mengikuti pelbagai kursus dalam bidang perubatan seperti farmasi, kejururawatan dan fisioterapi dan berdasarkan sambutan menggalakkan yang diterima setakat ini, kami yakin jumlah pelajar ACMS dapat ditambah sehingga 5,000 orang.

"Mereka yang tamat belajar di kolej ini mempunyai masa depan lebih menarik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Fiesta Aspirasi Seni dan Usahawan AUCMS 2011 di sini, Jumaat.

Dr Zainuddin yang juga pakar bedah jantung berkata antara tarikan utama AUCMS ialah setiap pelajarnya diberi jaminan untuk mendapat pekerjaan sejurus menamatkan pengajian.

"Setakat ini, 100 peratus pelajar ACMS yang menamatkan pengajian berjaya menembusi pasaran pekerjaan sama ada bekerja di AUCMS atau di pusat perubatan lain di seluruh negara.

"Hospital ACMS yang kini sedang dalam pembinaan dan dijangka siap tahun depan juga bakal menyediakan peluang pekerjaan kepada pelajar yang bakal menamatkan pengajian kelak," katanya.

Beliau berkata pihaknya juga sentiasa komited untuk melahirkan golongan profesional dalam bidang perubatan seperti doktor, pembantu farmasi, jurupulih anggota atau jururawat bagi mengisi kekosongan jawatan khususnya di hospital-hospital kerajaan.

Sementara itu, Zainuddin berkata Program Fiesta Aspirasi Seni dan Usahawan AUCMS 2011 adalah usaha pihaknya memupuk pelajar-pelajar agar mempunyai nilai tambah yang lain seperti menghargai seni budaya dan mempunyai ciri-ciri keusahawanan berjaya.

"Sebagai sebuah institut pengajian yang baru sahaja dinaik taraf, Aucms mahu memastikan para pelajarnya bukan sahaja cemerlang dalam akademik malah dalam bidang lain juga," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan