suria

Ekspo Kerjaya UPM 2011 Untuk Pelajar Tahun Akhir IPTA, IPTS

PETALING JAYA: Sebanyak lebih 300 peluang pekerjaan ditawarkan oleh lebih 50 syarikat dan organisasi di Ekspo Kerjaya Universiti Putra Malaysia 2011 (UPMCC 2011) yang bakal diadakan di UPM pada 14-15 April ini.

Ketua Seksyen Media, Publisiti dan Penerbitan, UPM, Khairul Anuar Muhamad Noh berkata, ekspo tersebut merupakan inisiatif dari Pusat Penempatan Kerjaya dan Seksyen Kaunseling, Bahagian Hal Ehwal Pelajar serta Jabatan Tenaga Kerjaya dalam usaha memberi peluang dan pendedahan kerjaya kepada bakal graduan dan graduan UPM.

Menurutnya, ia turut sesuai dihadiri oleh pelajar-pelajar tahun akhir institusi pengajian tinggi awam (IPTA), institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan orang ramai.

"Orang ramai boleh menghadiri temuramah terbuka, ceramah kerjaya, ekspo kerjaya serta bengkel panduan menghasilkan resume dan temuduga selain kaunseling kerjaya yang disediakan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Ekspo tersebut diadakan di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM dari pukul 9 pagi hingga 4 petang pada dua hari berkenaan.

UPMCC 2011 merupakan satu saluran yang amat penting bagi mengintegrasikan kerjasama antara agensi kerajaan dengan pelbagai sektor industri, swasta atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menangani isu-isu nasional berkaitan kebolehpasaran dan daya saing graduan.

Ia juga memberi pendedahan dan latihan insentif kepada pelajar atau graduan UPM sebelum memasuki dunia kerjaya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Dr Che An Abdul Ghani di talian 012-217 7798 atau Khairul Anuar (013-395 7650).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain