Program perakaunan Curtin Sarawak dapat pengiktirafan Institut Perakaunan Malaysia (MIA)

Diterbitkan: Khamis, 24 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Program perakaunan yang ditawarkan di Universiti Curtin, Sarawak Malaysia (Curtin Sarawak) baru-baru ini telah diperakui oleh Institut Perakaunan Malaysia (MIA).

Pengakuan ini adalah selaras dengan kualiti dan kurikulum program tersebut yang memenuhi taraf antarabangsa serta keperluan industri.

Bukan itu sahaja, program itu dipandu misi yang cukup jelas dan memenuhi objektif keseluruhan dari segi pendidikan perakaunan serta mempunyai fakulti, kepimpinan dan sumber yang diperlukan dalam memastikan kualiti program itu terjamin di masa hadapan.

Para graduan Bacelor Perdagangan (Perakaunan), Bacelor Perdagangan (Perakaunan & Kewangan), Bacelor Perdagangan (Perakaunan & Keusahawanan) dan Bacelor Perdagangan (Perakaunan & Pemasaran) daripada Curtin Sarawak adalah layak untuk menduduki peperiksaan kelayakan ditawarkan oleh MIA yang mana setelah selesai, mereka layak menjadi akauntan bertauliah.

Melalui peperiksaan kelayakan ini, MIA menyediakan peluang untuk kemasukan keahlian bagi mereka yang belum mempunyai kelayakan yang diperakui dalam First Schedule Part I dan Part II di bawah Akta Perakaunan Malaysia 1967.

Oleh itu, mereka yang mempunyai kelayakan perakaunan, perniagaan dan kewangan diperakui oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau kelayakan lain diperakui oleh MIA adalah layak untuk menduduki peperiksaan tersebut.

Sementara itu, Pengurus Urusan MIA Sarawak, Eleanor Shim akan melawat Curtin Sarawak bulan depan untuk bertemu dengan pelajar perakaunan universiti itu.

Beliau akan memberi penjelasan mengenai MIA, bidang perakaunan serta signifikan perakuan MIA. Beliau juga akan menjalankan sesi kaunseling bersama para pelajar dan pensyarah daripada Fakulti Perniagaan universiti itu.

Perakuan ini merupakan salah satu daripada kebanyakan program Curtin Sarawak yang telah menerima pengiktirafan sebelum ini daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), serta akreditasi program perakaunan daripada CPA Australia, Institute of Chartered Accountants di Australia (ICAA), Chartered Institute of Management Accountants UK (CIMA), Association of Chartered Certified Accountants, UK (ACCA) dan Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA).

Pensyarah perakaunan, Chan Kwok Mow dan individu yang bertanggungjawab dalam hal ehwal akreditasi program perakaunan dan pembangunan professional, meluahkan rasa puas hati beliau di atas perakuan program perakaunan Curtin Sarawak di peringkat tempatan dan antarabangsa.

“Ramai graduan perakaunan kita ditawarkan kerja dan ini terbukti dengan penerimaan mereka oleh industri berkaitan,” tambah beliau.

MIA merupakan badan perundangan yang didirikan di bawah Akta Perakaunan 1967 yang bertujuan untuk mengawal dan mengembangkan sektor perakaunan di Malaysia. Buat masa ini, MIA mempunyai seramai 25,000 ahli.

MIA bertanggungjawab dalam bidang pendidikan dan jaminan kualiti serta perlaksanaan yang mana ia dijalankan untuk memastikan kredibiliti sektor perakaunan sentiasa dipelihara.

Di samping itu, ia juga bertanggungjawab dalam mengikuti perkembangan tempatan dan antarabangsa dan trend terbaru bidang tersebut serta mengadakan perundingan dengan pihak kerajaan dan badan perundangan yang berkaitan.

Di Malaysia, perkataan ‘akauntan’ adalah dihak cipta menurut Akta yang berkaitan di mana tiada sesiapa layak menjadi akauntan selagi tidak didaftar keahliannya bersama MIA.

Informasi lanjut mengenai MIA boleh didapati di laman web www.mia.org.my. Untuk maklumat lanjut mengenai Curtin Sarawak, layari laman web www.curtin.edu.my atau e-mail enquiries@curtin.edu.my.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan