UIAM Jalin Kerjasama Dengan Dua Buah Universiti Turki

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan bekerjasama dengan dua buah institusi pengajian tinggi Turki iaitu Universiti Yalova dan Universiti Bartin dalam bidang kejuruteraan dan sains.

Dua memorandum persefahaman (MoU) dimeterai di universiti tersebut di sini hari ini antara Rektornya Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid bersama Rektor Universiti Yalova Prof Dr M.Niyazi Eruslu dan Rektor Universiti Bartin Prof Dr Ramazan Kaplan.

Menerusi MoU itu, ketiga-tiga universiti akan berkerjasama dalam bidang penyelidikan, melakukan program pertukaran akademik dan pelajar serta mana-mana bidang lain yang dipersetujui bersama.

Dr Syed Arabi berkata kerjasama yang dijalin hari ini merupakan manifestasi kepada hasil lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Turki Februari lepas. "Lawatan itu menunjukkan betapa erat hubungan Malaysia dan Turki manakala persaudaraan antara Turki dan UIAM pula sudah lama terjalin.

MoU ini dapat membantu mengukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara," katanya kepada pemberita selepas sesi menandatangani memorandum tersebut.

Ia turut disaksikan oleh Duta Besar Turki ke Malaysia Serap Ataay.

Dalam ucapannya, duta itu berkata Turki berbangga dengan perkembangan UIAM selama ini dan gembira kerana dua buah universiti tempatan mereka menjalin kerjasama dengan UIAM.

"Semasa Perdana Menteri Najib melawat Turki bulan lepas, satu daripada cadangan ialah meningkatkan lagi kerjasama pendidikan antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri kami juga mencadangkan supaya diadakan program sarjana antara kita.

"Saya gembira kerana UIAM telah mengambil langkah pertama menjalin kerjasama ini dan saya berharap ia akan menghasilkan banyak projek yang berjaya," katanya.

Dr Syed Arabi pula berkata pihaknya tiada halangan dalam menjalankan program tersebut dan berharap agar kedua-dua negara dapat meneliti perkara-perkara berkaitan bagi membolehkannya direalisasikan.

Katanya, melalui program tersebut kedua-dua negara boleh melakukan pertukaran pelajar di mana subjek yang dipelajari boleh dikreditkan ke universiti negara asal. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan