Canselor USM Mahu Pensyarah Giatkan Penyelidikan

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail menggesa golongan pensyarah universiti itu mempergiatkan lagi penyelidikan selaras dengan tarafnya sebagai sebuah universiti Apex di negara ini.

Bertitah pada majlis Anugerah Sanggar Sanjung 2010 USM di sini malam tadi, baginda yakin USM berupaya melangkah lebih jauh dengan melakukan perubahan dan transformasi serta berkapasiti mencipta kelainan pada masa hadapan.

"Beta berbangga dengan pencapaian USM setakat ini namun beta yakin USM boleh melangkah lebih jauh di peringkat antarabangsa untuk pendidikan generasi akan datang," titah baginda.

Anugerah Sanggar Sanjung diperkenalkan sejak tahun 2001 untuk memberi pengiktirafan terhadap pensyarah USM dalam bidang pendidikan dan hasil penyelidikan.

Sementara itu, Naib Cancelor USM Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata pencapaian USM dalam hasil kajian dan penemuan seperti tapak Paleolitk di Bukit Bunuh, Monumen kuno di Sungai Batu Kedah dan proses pengajaran Braille atas talian adalah antara kejayaan USM sebagai sebuah Universiti Apex di negara ini.

USM menerima pengiktirafan sebagai universiti Apex pertama di negara ini pada 27 Ogos 2008 berdasarkan tahap kesediaan universiti itu untuk melalui transformasi dan pencapaian akademik.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Raja Perempuan Perlis Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid dan Yang dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas serta isteri Toh Puan Majimor Sharif. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan