Mara Tambah Tempat Belajar Untuk Bumiputera

Diterbitkan: Sabtu, 12 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyediakan lebih banyak tempat kepada kaum bumiputera dalam usaha kerajaan melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada masa akan datang.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata untuk itu, Mara menawarkan 27,347 tempat untuk pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran meliputi peringkat sijil, diploma, ijazah pertama serta sarjana bagi sesi pengambilan Julai ini.

"Program yang ditawarkan juga meliputi bidang-bidang akademik, profesional dan juga kemahiran yang menekankan kepada kemahiran teknikal," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Pendidikan Mara Peringkat Kebangsaan di sini, Sabtu.

Turut hadir ialah Timbalannya Datuk Hassan Malek dan Ketua Pengarah Mara Ibrahim Ahmad.

Bertemakan "Wadah Impian dan Kejayaan", karnival kali ke-12 itu yang menghimpunkan 680 pameran meliputi agensi di bawah Mara, pihak majikan serta peserta luar negara, diadakan serentak di lapan lokasi di seluruh negara bermula Jumaat dan berakhir pada 10 April.

Shafie berkata daripada jumlah tempat yang ditawarkan itu, Kolej Profesional Mara menyediakan sejumlah 1,803, Kolej Kemahiran Tinggi Mara (1,004), German Malaysian Institute (576) dan Universiti Kuala Lumpur (4,509).

"Di GiatMara, sebanyak 14,000 tempat disediakan untuk pelajar yang ingin mendapatkan kemahiran dalam pelbagai bidang," katanya.

Menurutnya Mara juga melahirkan 95,911 graduan melalui pendidikan tinggi manakala pendidikan menengah (111,516 orang), pendidikan latihan dan kemahiran (116,780 orang) serta GiatMara (241,953 orang).

"Selain itu, seramai 312,434 pelajar tajaan Mara telah menamatkan pengajian mereka di dalam dan luar negara," katanya.

Shafie berkata Mara juga turut membantu usahawan sama ada dalam bentuk latihan, kemudahan premis dan pembiayaan perniagaan.

Beliau berkata pihaknya sentiasa memantau semua kursus yang ditawarkan oleh Institut Pendidikan Mara (IPMa) bagi memastikan kursus berkenaan mempunyai nilai pasaran yang tinggi dan bertepatan dengan keperluan industri semasa.

"Saya telah mengarahkan supaya kursus yangt ditawarkan perlu dipantau dan disesuaikan mengikut arus perdana semasa negara seiring dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) melalui Pelan Transformasi Ekonomi," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan