Raja Muda Mahu Majlis Perwakilan Pelajar Singkir Pemikiran Jumud

Diterbitkan: Ahad, 6 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) berusaha menyingkirkan pemikiran jumud yang membelenggu para pelajar.

Baginda bertitah sebagai pemimpin pelajar, mereka juga perlu membina keyakinan diri di kalangan para pelajar untuk menghadapi cabaran yang semakin hebat dengan memberi penekanan kepada konsep universalisme.

Pada majlis penyerahan watikah pelantikan MPP Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sesi 2010/2011 di Tasoh Lake Resort dekat sini malam tadi, baginda bertitah antara cabaran besar MPP ialah memastikan keharmonian di kalangan pelajar berkekalan.

Tuanku Syed Faizuddin, yang juga Canselor UniMAP bertitah kepelbagaian bangsa, budaya dan agama adalah sesuatu yang unik di negara ini kerana ia tidak menghalang keharmonian serta mewujudkan kekuatan.

"Keadaan ini berbeza di negara-negara lain kerana kepelbagaian itu sering dilihat sebagai punca masalah," titah baginda. Di peringkat UniMAP, para pelajar terdiri daripada pelbagai bangsa malah ia turut diwarnai dengan kehadiran para pelajar antarabangsa dan ia merupakan cabaran bagi MPP untuk mengekalkan keharmonian yang telah dikecapi selama ini.

Mereka perlu merangka strategi yang jelas, konsisten dan efektif bersesuaian dengan cabaran-cabaran itu.

Sementara itu, Yang Dipertua MPP UniMAP sesi 2010/2011, Aminudin Anuar berjanji akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.

Beliau turut mengetuai barisan kepimpinan MPP itu membaca ikrar dan menandatangani akujanji yang kemudiannya diserahkan kepada Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin.

Aminudin turut menerima fail tugas yang disampaikan bekas Yang Dipertua MPP UniMAP sesi 2009/2010, Mohd Nur Misbah.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah selaku Pro Canselor UniMAP. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan