Najib Dianugerahi Doktor Persuratan Undang-Undang Daripada Universiti Monash

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dianugerahi ijazah kehormat Doktor Persuratan Undang-undang oleh institusi pendidikan tersohor Australia, Universiti Monash, berkata pendidikan akan terus menjadi bidang kerjasama paling penting antara Malaysia dan Australia.

"Interaksi awal antara pelajar Malaysia dan rakan mereka di Australia telah menyumbang kepada hubungan rakyat dengan rakyat yang kukuh dan membawa kepada hubungan dua hala yang lebih erat antara kedua-dua negara," katanya dalam ucapan selepas menerima ijazah kehormat itu di universiti itu di sini, Jumaat.

Najib, yang menerima penganugerahan ijazah kejormat itu pada hari terakhir lawatan rasmi tiga harinya ke Australia, menegaskan pendidikan akan sentiasa dan kekal menjadi aspek penting dalam pembangunan modal insan bagi membolehkan sesebuah negara terus membangun.

"Sementara kita berusaha untuk meningkatkan sistem pendidikan kita, kita akan terus bergantung kepada universiti-universiti asing untuk menghantar pelajar kita untuk menimba ilmu dan pembelajaran dan Australia akan kekal menjadi satu daripada destinasi utama," katanya.

Najib berkata menerusi pendidikan, ia akan melahirkan penduduk contoh.

"Pemupukan nilai-nilai sederhana - pemahaman, toleransi, penerimaan - pasti akan dapat membantu dalam mewujudkan generasai akan datang yang memilih dialog konstruktif dalam semua bentuk aktiviti," katanya.

Najib dalam ucapannya turut menyentuh mengenai gagasan :1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" iaitu mengenai rakyat Malaysia hidup secara harmoni, mengenai bagaimana rakyatnya yang terdiri daripada berbilang kaum dan menganut pelbagai agama dapat mencapai kata sepakat dan bersatu.

"Ia mengenai memupuk nilai-nilai terbaik untuk mewujudkan sebuah masyarakat moden dan progresif. Prinsip asasnya ialah kesederhanaan yang bukan sahaja memastikan perpaduan tetapi juga menjamin kestabilan politik dan aktiviti ekonomi yang mampan di Malaysia," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan