USM Cipta Kit Kesan Bakteria Kolera

Diterbitkan: Rabu, 23 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) telah mencipta kit yang dapat mengesan bakteria kolera dengan cara yang mudah dan lebih cepat.

Ketua Penyelidik Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM, Dr Lim Boon Huat berkata kit itu adalah yang pertama seumpamanya di dunia dan mampu mengesan bakteria menerusi celupan membran dan ini boleh menjimatkan kos dan masa dalam sains kesihatan.

"Inovasi yang dikenali sebagai ez Cholera Genostick itu berpotensi digunakan dengan meluas di seluruh dunia dan berupaya mengesan pelbagai jenis DNA lain seperti virus, bakteria dan HIV dan jaluran uji dapat dilihat dengan mata kasar sahaja," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau berkata, ez Cholera Genostick dapat mengurangkan tempoh ujian kepada selama dua jam berbanding dengan kaedah konvensional sebelum ini.

Dr Lim berkata kajian untuk mencipta kit itu bermula sejak tahun 2007 dan ia menggunakan geran jangka pendek USM berjumlah RM20,000 sahaja.

Katanya produk yang telah dipatenkan di peringkat tempatan dan juga antarabangsa itu boleh digunakan tanpa perlu latihan khusus. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan