Curtin Sarawak Research Institute mencari penyelidik berkaliber tinggi, tawar biasiswa penyelidikan

Diterbitkan: Rabu, 16 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Miri: Curtin Sarawak Research Institute (CSRI), Universiti Curtin, Sarawak Malaysia (Curtin Sarawak), kampus cabang Curtin Universiti di Malaysia, menawarkan biasiswa penyelidikan kepada para penyelidik yang berminat untuk menyumbang di dalam mempertingkatkan aktiviti penyelidikan di Curtin Sarawak.

CSRI yang baru ditubuhkan merupakan insitut penyelidikan yang menjalankan kajian multi-disiplin di Curtin Sarawak. Visi institut penyelidikan ini adalah untuk menjadi penyumbang penyelesaian secara saintifik kepada industri-industri penting seperti industri tenaga serta bioteknologi.

Penyelidikan yang akan dijalankan di CSRI adalah tertumpu kepada enam bidang penting termasuk tenaga boleh diperbaharui dan biofuel, ekstraksi serta proses dan kejuruteraan, dasar tenaga dan model perniagaan, geologi petroleum, eko-perlancongan serta kajian budaya dan bahasa masyarakat di negeri ini.

Menurut Pengarah CSRI, Profesor Aaron Goh, terdapat tiga jenis biasiswa yang berbeza di mana ia telah dicipta bersesuaian dengan latar belakang spesifik dan profil pemohon.

Biasiswa Perkembangan Karier Awal (Early Career Development Fellowships) dibuka kepada pemohon yang menerima PhD mereka dalam tempoh lima tahun, manakala pemohon dengan biasiswa serta pengalaman dalam program penyelidikan terkemuka akan dipertimbangkan untuk Biasiswa Penyelidikan Kanan (Senior Research Fellowships).

Biasiswa Melawat (Visiting Fellowships) pula adalah khusus untuk penyelidik yang cemerlang, pengubal dasar atau industrialis.

Pemohon yang berjaya akan berpeluang untuk menyumbang kepada pembangunan kapasiti penyelidikan Universiti Curtin dengan menjadi peneraju di dalam program penyelidikan masing-masing.

Pemohon yang berminat adalah dialu-alukan untuk mengemukakan permohonan biasiswa mereka yang mana permohonan akan bermula pada tahun 2011. Tempoh penyelidikan adalah selama tiga tahun.

Kepada para penyelidik yang berminat, hubungi Profesor Goh di talian +60 85 442 939 ext. 3966 atau e-mel terus kepada aaron.goh@curtin.edu.my.

Pembentukan CSRI dan pembangunan selanjutnya di dalam bidang penyelidikan serta kapasiti Curtin Sarawak untuk bekerjasama dengan pelbagai kumpulan dalam kajian penyelidikan akan menjadikan universiti itu semakin penting dalam sumbangannya terhadap pembangunan sosial berterusan, persekitaran serta ekonomi bukan sahaja di negeri Sarawak malahan masyarakat nasional dan antarabangsa secara menyeluruh.

Dalam beberapa tahun yang lalu, aktiviti penyelidikan Curtin Sarawak telah mengalami pertumbuhan yang mendadak dan memberangsangkan.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan