'Turn Back' Bawa Tuah Kepada Tiga Pelajar Universiti Curtin Sarawak

Diterbitkan: Rabu, 9 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Tiga pelajar komunikasi daripada Universiti Curtin, Sarawak Malaysia berjaya meraih tempat ketiga di dalam Road Reels Short Film Competition untuk kategori Filem Pendek/Dokumentari Mini.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Malaysians United for Road Safety (MUFORS) itu bertujuan untuk menyediakan medium kepada golongan pelajar daripada institusi-institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia untuk menyampaikan mesej mengenai isu-isu keselamatan jalan raya.

Kumpulan pelajar yang terdiri daripada Cecilia Yii Siew Chen, Irene Wong Tien Tien dan Wong Kee Fong telah berjaya menambat hati juri dan pengundi melalui talian dengan menerusi karya filem pendek yang bertajuk 'Turn Back'.

“Kami bersetuju untuk menyertai pertandingan ini pada awalnya untuk menimba pengalaman dan kemenangan ini merupakan bonus dan kami berasa amat gembira di atas kemenangan ini,” kata Cecilia yang juga penerbit filem tersebut.

Plot 'Turn Back' yang mengisahkan tentang seorang ibu yang mendoakan keselamatan anaknya selepas keluar rumah dalam keadaan marah akibat berselisih faham dengan ibunya.

Bagaimanapun semasa memandu, si anak hampir mengalami kemalangan jalan raya dan ekoran daripada kejadian itu telah menyedarkan si anak daripada kesilapannya dan meminta maaf kepada ibunya.

Filem pendek berkenaan memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM5000, trofi serta sijil penyertaan pada majlis yang diadakan di Petaling Jaya baru-baru ini.

Universiti Curtin turut memenangi hadiah wang tunai RM1000 di atas kemenangan yang sama.

Sementara itu, pengarah filem berkenaan Irene Wong berkata berbicara dan menghasilkan filem telah mengajar kumpulannya mengenai kesabaran dan pada masa yang sama telah menimba pelbagai pengalaman yang amat berharga.

"Kumpulan kami telah banyak bertungkus lumus dan pada masa yang sama, telah menimba pengalaman yang amat berharga sepanjang pembikinan filem ini,” ujar Irene.

Kee Fong, yang merupakan ahli kumpulan yang paling kecil, tidak membiarkan saiz badannya menjadi halangan apabila dia perlu mengendalikan kamera dan amat berpuas hati dengan pengalaman yang ditimba.

“Bukan senang untuk mengendalikan kamera yang berat. Namun, saya yakin akan kemampuan saya demi menyampaikan mesej kepada penonton mengenai pemanduaan berhemah," katanya.

Kemenangan yang diraih telah memberi semangat kepada trio ini untuk menghasilkan filem yang berkualiti dan mantap. Di samping itu, mereka juga berharap untuk menyertai lebih banyak pertandingan di masa hadapan.

Dalam pada itu, pelajar-pelajar jabatan itu sebelum ini turut memenangi beberapa anugerah filem di peringkat kebangsaan beberapa tahun yang lalu.

Ini termasuk IGEM 2010 Dare to Dream Challenge, Pertandingan Filem pendek Malaysia Airlines, Anugerah Filem Pendek Radio Television Malaysia dan Pertandingan Filem Program Karyawan Muda peringkat kebangsaan.

Menurut pensyarah komunikasi Ngu Ik Ying, pertandingan sedemikian memberi pendedahan mengenai penyertaan untuk pertandingan filem serta kempen keselamatan jalan raya di peringkat nasional.

“Menyertai pertandingan sebegini bukan untuk memenangi hadiah semata-mata tetapi untuk memberi peluang kepada generasi muda yang berminat dalam bidang perfileman untuk menyampaikan mesej keselamatan mengikut kreativiti masing-masing,” katanya.

Selain 'Turn Back', Curtin Sarawak turut menghantar penyertaan filem-filem lain yang bertajuk 'You Nampak Tak?', 'All It Takes' dan 'Don’t Text and Drive'.

Sebanyak 142 penyertaan diterima untuk MUFORS yang berlangsung sepanjang Ogos sehingga November tahun lalu.

MUFORS merupakan projek komuniti yang dijalankan dengan kerjasama PLUS Expressway Berhad yang mengalakkan pelajar-pelajar daripada universiti dan kolej seluruh Malaysia menghasilkan filem pendek yang mampu memupuk kesedaran berkenaan keselamatan jalan raya di kalangan rakyat Malaysia.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan