Jepun Pilih Universiti Malaysia Sebagai Pusat ICT Asia Tenggara

Diterbitkan: Khamis, 13 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah unversiti tempatan di negara ini akan dipilih sebagai pusat mengendalikan latihan dan menjalankan penyelidikan bagi membangunkan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di rantau Asia Tenggara.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata perkara itu merupakan antara bentuk kerjasama yang dipersetujui semasa mesyuarat Menteri-Menteri Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat ASEAN ke-10 (TELMIN) dengan rakan dialog ASEAN, Jepun, di sini Khamis.

Katanya mesyuarat TELMIN itu mengadakan sesi khas dengan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi Jepun, Yoshihiro Katayama, yang bersetuju bekerjasama dengan ASEAN menerusi beberapa projek asas.

"Antaranya ialah berkaitan skim latihan untuk generasi baru mengenai kesalinghubungan melibatkan sebuah universiti di Malaysia sebagai tempat latihan tersebut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan sesi khas itu.

Rais berkata Jepun memilih untuk mengadakan latihan dan penyelidikan ICT di universiti tempatan di negara ini kerana berpendapat Malaysia mempunyai prasarana pendidikan yang memuaskan.

Bagaimanapun, pihak sekretariat TELMIN dan Jepun belum menentukan universiti mana yang akan dipilih untuk tujuan itu.

Rais berkata, selain kerjasama tersebut, Jepun juga telah menyuarakan komitmen yang tinggi untuk bekerjasama membangunkan bidang ICT di Asia Tenggara termasuk menyumbang US$150,000 (kira-kira RM458,000) bagi program-program tambahan yang diperlukan oleh ASEAN.

Katanya, semua delegasi yang menghadiri mesyuarat ini juga bersetuju agar Jepun mengetuai beberapa projek latihan dan penyelidikan yang dirangka untuk membangunkan ICT di Asia Tenggara.

"Kami lihat kesungguhan berterusan Jepun ini amat baik bagi perjuangan ICT dibawah ASEAN dan diharapkan latihan teknikal ini berterusan dan akan menjangkau kepada beberapa elemen kemajuan yang lain," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan