suria

Projek Fakulti Perubatan Veterinar UPM Juara KIK 2010

Johan Kumpulan Inovatif dan Kreatif 2010 (KIK) peringkat Universiti Putra Malaysia. Foto Ihsan UPM
 Johan Kumpulan Inovatif dan Kreatif 2010 (KIK) peringkat Universiti Putra Malaysia. Foto Ihsan UPM
Johan Kumpulan Inovatif dan Kreatif 2010 (KIK) peringkat Universiti Putra Malaysia. Foto Ihsan UPM

SERDANG: Produk penyelidikan Fakulti Perubatan Veterinar, Water Improver mengenai kandungan toksik (klorin) yang tinggi dalam air akuarium hingga menyebabkan kematian ikan berjaya memenangi Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif 2010 (KIK) peringkat Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini.

Ketua pasukan penyelidik, Noorazira Ishak berkata produk yang dihasilkan itu mampu menghilangkan kandungan klorin dalam air paip dengan pantas dan menjimatkan.

“Sebelum ini kita menghilangkan klorin dalam air paip menggunakan kaedah lama iaitu memasukan anti klorin dan selepas menunggu sehingga 30 minit barulah kita memasukkan anti amonia. Kaedah ini merumitkan dan terpaksa mengambil masa yang agak lama.

“Dengan Water Improver kita hanya masukkan bahan ini dan kandungan klorin dalam kandungan air paip akan hilang dengan pantas. Paling penting bahan ini adalah selamat untuk akuakultur,” katanya.

Kumpulan penyelidikan Veterinar itu turut dibantu oleh Dr. Mohd. Fuad Matori, Arifah Mohd. Riduan, Ismail Md. Shairi, Rosmaniar Mohd. Nor, Md. Nazim Razali, Saipunizam Ali, Jefri Norsidin, Mior Mohd Nizam, Narizam Sulaiman dan Fauziah Nordin.

Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang wang tunai RM1,550 beserta sijil penghargaan.

Pembukaan konvensyen dirasmikan oleh Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia dan Pengurusan Kualiti, Hashim Md. Shari dan hadiah telah disampai oleh Pendaftar UPM Dato’ Wan Azman Wan Omar. Naib johan dimenangi oleh kumpulan dari Taman Pertanian Universiti dengan projek Kesukaran Mengasingkan Biji Benih Jagung manakala tempat ketiga dimiliki pasukan dari Pejabat Pendaftar dengan projek Pegawai Menghadiri Latihan Tidak Releven Dengan Kemahiran Yang diperlukan. Masing-masing berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,050 dan RM550 beserta sijil penghargaan.

Semua pasukan yang menang layak mewakili UPM dalam Konvensyen KIK peringkat institut pengajian tinggi awam (IPTA) kali ke tujuh pada Mac 2011 yang akan diadakan di UPM selaku tuan rumah.

Konvensyen yang disertai lapan penyertaan dari pelbagai jabatan dan Fakulti di UPM itu terbahagi kepada dua inovasi teknikal dan enam inovasi pengurusan dan merupakan acara tahunan anjuran Pejabat Pendaftar UPM untuk menggalakkan penciptaan inovasi baru dalam semua peringkat perkhidmatan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain