183,664 Peminjam Beri Maklum Balas Mengenai Kos Pentadbiran Baru PTPTN

Diterbitkan: Khamis, 6 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 183,664 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diberikan tawaran kadar kos pentadbiran sebanyak satu peratus telah menghantar maklum balas kepada perbadanan itu, kata Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamed Said.

Beliau berkata seramai 800,000 peminjam akan ditawarkan dengan tawaran itu di mana sehingga kini perbadanan itu telah memaklumkannya kepada 500,000 peminjam melalui surat dan poskad.

Katanya kerajaan yang prihatin dengan aduan peminjam mengenai caj pelarasan PTPTN sehingga lima peratus sebelum ini yang dikatakan membebankan pembayaran semula, telah menyelaraskannya sehingga menjadi satu peratus pada 2008.

"Kata lima peratus tinggi, kita turunkan kepada empat peratus, tinggi, kita turun kepada tiga peratus tinggi, jadi kita bincang dan kabinet telah putuskan kita turunkan kepada satu peratus," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Terdahulu, beliau menyampaikan cek pelarasan kos pentadbiran daripada tiga peratus kepada satu peratus kepada lapan pelajar Institusi Pengajian Tinggi(IPT) yang terpilih.

Ismail berkata PTPTN akan cuba membantu bekas peminjam yang telah disenarai hitamkan oleh Jabatan Imigresen.

"Kenapa sampai dia (peminjam) disenaraihitamkan? Apa masalah dia? Apa keupayaan dia untuk membuat bayaran? Maknanya kita jemput dia datang berbincang dengan kita," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan