USM Cipta Pesawat Ringan Tanpa Pemandu

Diterbitkan: Rabu, 29 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) di sini telah mencipta pesawat ringan tanpa pemandu (UAV) untuk kegunaan industri pertanian dan penyelidikan, demikian diumumkan oleh Pengarah Pusat Rekabentuk Mikroelektrik Negara (CEDEC), Dr Othman Sidek.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Dr Othman berkata, "Pesawat itu memiliki rekabentuk khas untuk membantu dalam tugas pemantauan di tempat berbahaya seperti kawasan gempa bumi, kawasan banjir dan tsunami selain untuk kegunaan dalam industri pertanian".

Beliau berkata, UAV yang digunakan oleh pusat-pusat penyelidikan di negara ini sekarang adalah diimport.

Katanya, pesawat ciptaan tempatan itu dikenali sebagai UAV Greeentech 2010 boleh terbang setinggi 300 meter pada kelajuan 55 km/sejam, mampu bertahan di udara selama 60 minit, dan tidak menggunakan petrol sebagai bahan bakar.

Ia tidak memerlukan kawasan luas untuk dikendalikan dan dengan berat 5 kg, ia boleh dilancar dengan tangan.

Beliau berkata, pasukan penyelidik yang diketuai oleh Endri Rachman mengambil masa tiga tahun untuk mencipta UAV berkenaan dengan kos penyelidikan RM200,000. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan