Sistem Pendidikan Perlu Dimantapkan Semula Galak Inovasi

Diterbitkan: Selasa, 21 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Fungsi sistem pendidikan Malaysia mesti dimantapkan semula bagi membolehkan negara mencapai tahap tinggi daya saing dunia, kata Datuk Dr Kamal Jit Singh.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri itu berkata sistem pendidikan dikenal pasti sebagai satu tonggak yang diperlukan bagi menyokong Sistem Inovasi Negara, dan generasi baru memerlukan kurikulum asas inovasi yang kukuh bagi menyediakan mereka dengan kemahiran dan keupayaan mudah suai.

"Bagi mewujudkan satu eko-sistem yang kondusif untuk memacu pembangunan inovasi di Malaysia, kami menyedari bahawa menggalakkan inovasi di sektor awam, universiti dan sistem pendidikan adalah kritikal.

"Jika kita mahu menjadi satu daripada negara berdaya saing di dunia, kita mesti memastikan pendidikan mempunyai satu sifat yang betul untuk membimbing generasi baru akan kepentingan inovasi pada usia muda," katanya.

Tonggak lain yang digariskan adalah institusi pendidikan tinggi, kerajaan dan industri, sektor yang perlu diberi tumpuan bagi membangunkan Sistem Inovasi Negara.

Empat sektor ini, kata Kamal, akan bertindak sebagai kunci yang membantu Sistem Inovasi Negara dalam menggalakkan budaya inovasi, menarik lebih banyak bakat mudah suai bagi meningkatkan Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan Pelaburan Langsung Domestik (DDI).

Mengenai Agensi Inovasi Malaysia yang akan mempelopori inovasi dalam budaya Malaysia, Kamal berkata agensi itu akan diwujudkan selepas Rang Undang-undang Agensi Inovasi Malaysia 2010 diluluskan.

"Agensi itu, akan bertindak sebagai Jentera Tujuan Khas (SPV) bagi menggerakkan dan melaksanakan Sistem Inovasi Negara, dan dipertanggungjawabkan kepada Majlis Tadbir Urus, yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Sebelum ini, Najib berkata inovasi dikenal pasti sebagai mekanisme utama bagi memperbaiki tahap daya saing Malaysia dan mencapai objektif Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Ke-10, seiring dengan komitmen untuk memacu agenda inovasi negara. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan