NEGARA MILIKI 28,571 TENAGA AKADEMIK IPTA

Diterbitkan: Rabu, 8 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Negara mempunyai 28,571 tenaga akademik di 20 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sehingga bulan lepas, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Rabu.

Menurut beliau, walaupun jumlah tenaga akademik yang tinggi itu sangat membanggakan, namun ia tidak akan membawa sebarang makna sekiranya ia tidak mampu melahirkan graduan yang mempunyai modal insan yang bernilai untuk negara.

"Mengikut statistik kementerian, daripada 28,571 tenaga akademik itu, 8,031 (28.1 peratus) adalah berkelulusan PhD, 15,986 (56 peratus) berkelulusan Sarjana, 4,247 (14.9 peratus) berkelulusan Sarjana Muda, 134 (0.5 peratus)berkelulusan di peringkat Diploma manakala sejumlah 174 tenaga akademik adalah berkelulusan Diploma Lanjutan dan lain-lain," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program "Kepimpinan Kreatif dan Inovatif Akademia Muda" dan "Transformasi Kepimpinan Pemimpin Pelajar" anjuran Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) di sini.

Program Kepimpinan Kreatif dan Inovatif Akademia Muda berlangsung dari 8 hingga 11 Disember manakala program Transformasi Kepimpinan Pemimpin Pelajar diadakan secara bersiri dan menyasarkan seramai 2,000 pemimpin pelajar hingga akhir tahun ini.

Pada majlis itu, tiga wakil pensyarah muda dilantik untuk program tersebut, iaitu Mohd Nor Firdaus Nasir dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Dr Chan Chee Seng serta Dr Vimala Balakrisnan dari Universiti Malaya.

Mohamed Khaled menjelaskan, tenaga akademik membawa tanggungjawab amanah ilmu kepada pelajar universiti dan masyarakat.

"Tenaga akademik berjumlah 28,571 ini diharapkan dapat memainkan peranan mereka dalam menghasilkan graduan dan modal insan yang cemerlang sebagaimana yang dihendaki oleh negara," kata beliau.

Mengenai kedua-dua program itu, beliau berkata objektif utama penganjurannya adalah untuk menjayakan agenda pembangunan modal insan, kecemerlangan akademik dan pembangunan individu untuk sekaligus mencapai objektif Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara.

Selain itu, program itu juga bertujuan untuk melahirkan generasi pelapis pemimpin dari kalangan pemimpin pelajar yang mempunyai kesedaran dan semangat jati diri yang tinggi untuk menyumbang di dalam kecemerlangan pembangunan negara secara lebih menyeluruh, kata Mohamed Khaled.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan