KPT BERI GANJARAN KEPADA PROGRAM JALINAN MASYARAKAT MULAI TAHUN DEPAN

Diterbitkan: Selasa, 30 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan memberikan ganjaran dalam bentuk wang ringgit kepada institusi pengajian tinggi (IPT) yang menganjurkan program jalinan masyarakat terbaik dan memberikan impak bermula tahun depan, kata menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata ganjaran itu adalah sebagai galakan supaya semua IPT awam dan swasta melahirkan program jalinan masyarakat yang mampu memberikan sumbangan kepada orang ramai secara berterusan.

"Selain menyebarkan dan mencipta ilmu, universiti juga perlu berupaya memulangkan balik kepakaran dan pengetahuan yang dimiliki kepada masyarakat.

"Jadi melalui program ini ia mampu memupuk semangat jalinan antara universiti dengan masyarakat dalam pelbagai aktiviti yang memberikan kebaikan kepada kedua-dua pihak," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Management and Science University (MSU) U Komuniti, Dari Universiti ke Komuniti di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata program jalinan masyarakat itu juga akan memupuk semangat kesukarelawan yang semakin luntur di kalangan generasi muda lepasan universiti kerana lebih cenderung kepada komuniti siber.

"Komuniti siber ini membentuk dunia mereka sendiri tanpa menghiraukan keperluan komuniti di dunia realiti, jadi melalui program jalinan masyarakat ini ia mampu melahirkan modal insan yang prihatin dengan masyarakat luar," katanya.

Beliau berkata program jalinan masyarakat seperti yang dilancarkan hari ini iaitu mendekati Orang Asli, rumah orang tua, golongan miskin, golongan kurang upaya dan sakit serta alam sekitar adalah satu usaha yang baik kerana mereka merupakan kumpulan yang sememangnya memerlukan perhatian.

Katanya, program jalinan masyarakat ini perlu berterusan dan mewujudkan ikatan dengan golongan terbabit dan tidak terhenti pada satu tempoh masa sahaja.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohamed Khaled berkata semua IPT di negara ini perlu bersedia dengan transformasi negara supaya melahirkan modal insan yang mampu menjadi pelapis pada masa hadapan.

Beliau berkata tiga elemen penting perlu dalam melahirkan modal insan yang diperlukan negara iaitu komunikasi yang baik termasuk dalam Bahasa Inggeris, sikap dan kelakuan yang pandai membawa diri serta pemikiran kritis.

"Semua IPT perlu mempersiapkan penuntut mereka sebaik mungkin supaya ia mampu menjadi modal insan yang diperlukan negara," katanya.

Pada majlis itu, MSU juga menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Korea Maritime University (KMU) bagi tujuan program pertukaran pelajar, program pengajian dan kajian antara dua universiti itu.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan