Muhyiddin Rai Juara Dua Kali World Robot Olympiad

Diterbitkan: Selasa, 9 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat Wan Asyraf Daniel Wan Norarjuna dari Sekolah Alam Shah menggayakan tarian dikir barat bersama robot Dikir Bot pada majis meraikan kontijen Malaysia yang menyertai pertandingan World Robot Olympiad 2010 (WRO) di Manila, Filipina di Kementerian Pelajaran di sini, Selasa.-Foto BERNAMA.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat Wan Asyraf Daniel Wan Norarjuna dari Sekolah Alam Shah menggayakan tarian dikir barat bersama robot Dikir Bot pada majis meraikan kontijen Malaysia yang menyertai pertandingan World Robot Olympiad 2010 (WRO) di Manila, Filipina di Kementerian Pelajaran di sini, Selasa.-Foto BERNAMA.

PUTRAJAYA: Malaysia muncul juara keseluruhan buat kali kedua berturut-turut dengan menewaskan 250 pasukan lain dalam pertandingan World Robot Olympiad 2010 yang berlangsung di Manila, Filipina pada 5 hingga 7 November lepas.

Kontinjen Malaysia meraih dua pingat emas, tiga perak dan dua Anugerah Khas Kreativiti seterusnya meletakkan negara di tangga teratas berbanding 22 buah negara lain antaranya Korea Selatan, Jepun, China, Denmark, Jerman dan Hong Kong.

Atas kejayaan itu, kontinjen negara yang terdiri daripada 13 pasukan dianggotai 50 pelajar termasuk guru dan mentor itu, diraikan dalam satu majlis oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Pada majlis itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut menyampaikan sijil penghargaan kepada para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan rendah.

Dalam pertandingan itu, dua pingat emas diraih Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bintulu, Sarawak dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Ling Ayer Hitam, Pulau Pinang.

SMK Bintulu turut meraih satu lagi pingat perak bersama Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya dan SJKC Jalan Davidson manakala dua anugerah khas kreativiti dimenangi SJKC Chi Man, Kuala Lumpur dan Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim Kuala Lipis, Pahang.

Pemilihan pasukan Malaysia untuk ke pertandingan berkenaan adalah berdasarkan kepada dua tempat yang terbaik daripada 2,800 buah sekolah yang menyertai pertandingan di dua peringkat zon dan kebangsaan.

Malaysia mula menyertai pertandingan itu pada 2004 dan pertama kali muncul juara keseluruhan pada tahun lepas. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan