Peperiksaan Akhir UUM Ditangguh Akibat Banjir

Diterbitkan: Khamis, 4 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Universiti Utara Malaysia (UUM) terpaksa menangguhkan peperiksaan akhir yang dijadual berlangsung pada Isnin hingga 3 Dis ini atas sebab-sebab keselamatan dan juga banjir.

Naib Canselor UUM Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata tarikh baru untuk peperiksaan itu adalah pada 21 Nov hingga 13 Disember ini.

"Kita membuat keputusan itu selepas mengambil kira nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Pusat Gerakan Banjir Negara," kata beliau dalam kenyataan di sini, Khamis.

Beliau berkata antara sebab penangguhan peperiksaan itu ialah jalan utama yang menghubungkan UUM dengan Bandaraya Alor Setar yang melibatkan Lebuhraya Utara Selatan ditutup dan pada masa yang sama Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim juga ditutup kerana banjir.

"Keadaan itu menyebabkan pelajar-pelajar yang pulang ke kampung semasa minggu ulang kaji tidak dapat kembali semula ke kampus," katanya.

Mohamed Mustafa berkata keputusan itu terpaksa dibuat demi keselamatan dan kebajikan pelajar dan kakitangan selain situasi tersebut tidak mengizinkan UUM meneruskan peperiksaan.

Bagaimanapun, keadaan dalam kampus terkawal dan ibu bapa tidak perlu bimbang dengan keselamatan pelajar, kerana UUM telah memastikan bekalan makanan untuk mereka yang berada di dalam kampus mencukupi dan bilik gerakan banjir juga ditubuhkan bagi memastikan bantuan sewajarnya diberikan kepadanya.

Beliau berkata pelajar-pelajar yang berada di kampung halaman diminta merujuk kepada laman web dan portal UUM bagi mengetahui jadual peperiksaan akhir yang terkini.

Sementara itu Kementerian Kesihatan telah menangguhkan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bagi pegawai serta kakitangannya di Kedah dan Perlis akibat kedua-dua negeri itu dilanda banjir.

Ketua Komunikasi Korporat kementerian itu Zailani Hashim dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini berkata peperiksaan itu yang dijadual diadakan pada Isnin hingga Khamis ini ditangguhkan ke satu tarikah yang akan dimaklumkan. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan