suria

Atlas Diterbit Senaraikan Prospek Di NCER

ALOR SETAR: Pusat Penyelidikan Koridor Utara (NCRA) Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) merancang untuk menerbitkan Atlas, satu penerbitan untuk memeta semua profil dan data serta prospek di kawasan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

Ketua Eksekutif NCIA Datuk Redza Rafiq Abdul Razak berkata dalam satu kenyataan Selasa, Atlas merangkumi data dalam bidang ekonomi, penduduk, jumlah usahawan, kemiskinan, pendapatan dan lain-lain dalam kawasan NCER bagi program pembangunan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

"Saya harap dengan jalinan hubungan ni, ia akan memberi kesan limpahan koridor utara kepada komuniti dan masyarakat di kawasan ini," katanya.

Naib Canselor UUM Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak pula berkata jalinan kerjasama antara NCRC dan NCIA itu akan menumpukan kepada program persidangan, seminar dan penyelidikan yang membolehkan kepakaran daripada kedua-dua pihak dikongsi, sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain