Tunku Mahkota Johor Diisytihar Sebagai Pro-Canselor UTHM

Diterbitkan: Ahad, 10 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini mengisytiharkan anakanda baginda, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pro-Canselor Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) sempena konvokesyen ke-10 universiti itu pada Ahad.

Sultan Ibrahim yang juga Canselor UTHM turut menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Teknologi) kepada mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Pada majlis yang sama, baginda turut menyampaikan watikah anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pendidikan Teknikal) kepada Mantan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Imran Idris.

Dalam titahnya pada majlis tersebut, Sultan Johor antara lain menggesa mahasiswa menajamkan minda dan intelek melalui konsep pendidikan yang berkesan.

Baginda bertitah, mahasiswa juga perlu memperteguh jati diri dan kemahiran insaniah melalui aktiviti kokurikulum yang dinamik dan menarik.

"Usaha untuk meningkatkan dan memperteguhkan jati diri serta kemahiran insaniah mahasiswa perlu menjadi agenda penting universiti.

"Kursus-kursus dan aktiviti kokurikulum harus dirangka dan dilaksanakan secara lebih berkesan serta dikendalikan oleh tenaga-tenaga pakar yang bertauliah," titah baginda.

Sultan Ibrahim juga mahu universiti bersedia meneroka bidang-bidang baru yang lebih dinamik dan berkesan sebagai pengembangan program kokurikulum sedia ada.

Baginda bertitah, ini kerana generasi muda di kampus adalah golongan yang dahagakan perubahan dan cabaran. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan