ISTF Tawar Biasiswa Kepada Pelajar India Malaysia - Kampus | mStar

ISTF Tawar Biasiswa Kepada Pelajar India Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 15 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: The Indian Scholarship and Trust Fund (ISTF) menyediakan bantuan kewangan kepada semua pelajar India Malaysia yang berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran di universiti, politeknik dan institusi pendidikan terpilih di Malaysia bagi tahun akademik 2010-11.

Suruhanjaya Tinggi India di sini dalam satu kenyataan hari ini berkata bantuan kewangan itu bersifat bantuan tambahan dan tidak meliputi kos penuh pengajian.

Borang permohonan ISTF boleh didapati di Suruhanjaya Tinggi India (Bahagian Pendidikan) atau dimuat turun dari laman web www.indianhighcommision.com.my.

Tarikh akhir penyerahan borang ialah 30 September. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan