UMT Jalankan Kajian Untuk Hasilkan Mutiara Di Tasik Kenyir

Diterbitkan: Sabtu, 11 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kini menjalankan kajian untuk menternak tiram air tawar di Tasik Kenyir yang boleh menghasilkan mutiara.

Naib Canselor UMT Prof Dr Aziz Deraman berkata usaha itu dilaksanakan pakar-pakar dari UMT yang telah memulakan kajian awal mengenai ternakan tiram dalam tasik terbesar buatan manusia di negara ini.

"Ia merupakan cetusan idea Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said sendiri yang melawat ke tasik itu baru-baru ini," katanya kepada Bernama di sini.

Prof Dr Aziz berkata UMT sedang menyiapkan kertas kerja yang akan dibentangkan kepada kerajaan negeri bertujuan menjalin kerjasama dalam usaha menjayakan penyelidikan dan kajian berhubung perkara itu.

Katanya jika berjaya, penyelidikan itu merupakan langkah jangka panjang yang boleh memberi nilai ekonomi yang baik kepada kerajaan pada masa depan.

Beliau berkata kajian menternak tiram dalam tasik air tawar adalah yang pertama seumpamanya di negara ini di mana lazimnya tiram diternak di laut dan kawasan air masin.

Prof Dr Aziz berkata pada kebiasaannya, ternakan tiram di laut dibuat dengan cara benih-benih tiram digantung pada tali dan diletakkan dalam air laut.

Bagaimanapun bagi ternakan dalam tasik, ia boleh diubah suai dengan benih tiram dilekatkan pada akar-akar pokok yang menjalar dalam air tasik. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan