Kementerian Pengajian Tinggi Nasihat Mahasiswa Hati-Hati Guna Facebook

Diterbitkan: Sabtu, 4 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Kementerian Pengajian Tinggi menasihatkan mahasiswa supaya berhati-hati menggunakan laman sosial Facebook dan memastikan maklumat yang dikongsi tidak memudaratkan mereka.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ini kerana laman sosial itu boleh dilihat sebagai 'menelanjangkan' cerita peribadi seseorang.

Selain itu, kegilaan menggunakan laman sosial itu untuk berinteraksi pada kalangan masyarakat sekarang juga boleh disalah guna pihak tidak bertanggung jawab untuk menyamar sebagai individu tertentu, katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

"Mudah bagi Facebook disalah guna atau melakukan penyamaran yang bukan sahaja kini melibatkan Tunku Mahkota Johor malahan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Beliau yang juga salah seorang pengguna Facebook, bagaimanapun berkata sehingga kini tidak berdepan dengan masalah itu dan pelajar universiti yang menggunakan laman itu untuk berinteraksi dengannya juga masih berdisiplin dan menghormatinya sebagai seorang menteri.

Kes penyamaran menerusi Facebook yang dikesan baru-baru ini melibatkan antaranya Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim melalui beberapa akaun termasuk "Diari Harian Tunku Mahkota Johor", "Tengku Ismail" dan "Tunku Mahkota Johore (Penasihat Utama TMJ)".

Semalam, Dr Chua dilapor berkata terdapat sesekurang-kurangnya empat akaun Facebook palsu atau tidak rasmi dibuka menggunakan namanya.

Selain tokoh tertentu, tidak ketinggalan menjadi mangsa akaun palsu ialah beberapa syarikat besar termasuk Syarikat Bekalan Air Selangor. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan