Kabinet Setuju Larangan Penuntut IPTA Berpolitik

Diterbitkan: Rabu, 1 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kabinet bersetuju melarang penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terlibat dalam parti politik, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Bagaimanapun, katanya keputusan itu tidaklah menghalang penuntut untuk mengetahui dan mengikuti sebarang perkembangan politik di negara ini.

"Ini kerana Seksyen 15 dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 sudah memadai apabila mahasiswa boleh terlibat dalam kegiatan politik selepas mendapat kebenaran Naib Canselor," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini pada Rabu.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan tetap melarang penuntut IPTA walaupun ada gesaan agar mereka dibenarkan terbabit secara aktif dalam parti politik.

Muhyiddin berkata pindaan AUKU sebelum ini sudah memadai kerana ia memberi lebih kebebasan kepada penuntut untuk bersuara di kampus. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan