Pelajar Malaysia Dipelawa Sertai Program Kepimpinan Belia 2010

Diterbitkan: Khamis, 12 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat mempelawa lima pemimpin pelajar dan seorang pendidik dari Malaysia untuk mengambil bahagian dalam Program Kepimpinan Belia 2010 yang akan berlangsung selama lima hari mulai 27 Oktober hingga 20 November. Program itu dianjurkan oleh Northern Illinois University di DeKalb, Illinois, dan kosnya dibiayai oleh kedutaan Amerika Syarikat di sini, menurut kenyataan kedutaan itu yang dikeluarkan di sini, Khamis.

Program itu ditawarkan kepada pemimpin pelajar yang bersemangat, berpendidikan dan amat interaktif berusia 15 hingga 17 tahun dengan penguasaan bahasa Inggeris yang baik dan mendapat keizinan ibu bapa mereka.

Calon pendidik pula mesti berumur antara 30 dan 45 tahun, bergiat aktif dalam aktiviti belia di sekolah atau komuniti, serta berupaya bertemu dari semasa ke semasa dengan pelajar yang terpilih bagi tempoh 2010-2011 untuk menyokong kerja-kerja susulan mereka.

Program itu diwujudkan bagi menggalakkan kepimpinan berkualiti tinggi, tanggungjawab sivik dan janji temu komuniti dalam kalangan bakal pemimpin di Asia Tenggara.

Pelajar dan pendidik dari Malaysia yang terpilih akan menyertai peserta dari negara Asean yang lain, dan akan diberi latihan untuk membolehkan mereka meningkatkan kemahiran kepimpinan mereka.

Peserta juga akan dibawa melawat beberapa komuniti di Amerika Syarikat, termasuk DeKalb dan Chicago, Illinois dan Washington DC,, kata kenyataan itu, yang turut menyebut "ia akan memberi pengalaman yang intensif, akademik dan amat interaktif".

Bagi mereka yang berminat, butiran program dan borang permohonan boleh disemak dan dimuat turun dari http://malaysia.usembassy.gov/ylp.html.

Calon berminat yang ingin memohon butiran program yang lebih terperinci boleh menghubungi Helena Bridget dari Unit Hal Ehwal Awam, kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur menerusi talian 03-2148 9192. Tarikh akhir permohonan ialah 8 Sept. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan