suria

UiTM Hoskan Perlawanan Persahabatan Badminton Antara Mahasiswa Malaysia dan Jepun

KUALA LUMPUR: Pasukan badminton mahasiswa Jepun bakal bertemu pasukan Malaysia dalam satu perlawatan persahabatan di kampus induk Universiti Teknologi Mara di Shah Alam, Ahad ini . Pertandingan itu dianjurkan buat kali pertama di bawah program Japan-East Asia Network of Exchange for Students and Youths (Jenesys).

Menurut kenyataan Kedutaan Jepun, setiap pasukan terdiri daripada lapan pemain dan mereka akan bertanding dalam lima perlawanan, untuk kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan.

Antara pemain Malaysia termasuk Sayed Hafeez Sayed Mohsin (UiTM), Ten Bick Xiang (Universiti Malaya (UM)), Cheah Like Hou (Universiti Putra Malaysia (UPM)), Nurwati Ismail (UiTM), Daphne Ng Chiew Yem (UM), Nik Syen Chyn (UM) dan Stephanie Sharini (UPM).

Menurut kenyataan itu lagi, pertandingan itu akan menjadi platform bagi melabur kefahaman serta mendalami hubungan di kalangan golongan muda dari kedua-dua negara. - BERNAMA

Artikel Lain