Penuntut Universiti Lima Negara Berkampung di Tumpat Sertai Program Kemasyarakatan

Diterbitkan: Ahad, 18 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TUMPAT: Seramai 15 penuntut universiti dari lima buah negara akan berkampung di daerah ini selama dua minggu bermula Rabu, untuk menjayakan program kemasyarakatan anjuran bersama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan University of St. Gallen, Switzerland.

Ketua Jawatankuasa Pelaksanaan Program Social Enterprise For Economic Development (SEED), Prof Dr Farok Zakaria berkata program kemasyarakatan itu diwujudkan khusus untuk disertai penuntut universiti ASEAN dalam usaha membangunkan perusahaan desa di sesebuah perkampungan.

Katanya penuntut antarabangsa dalam program itu adalah dari University Of St. Gallen dan ETH Zurich di Switzerland, Singapore Management University, Banking University of Ho Chi Minh City, Vietnam, Prince of Songkla University, Thailand dan Universiti Brunei Darussalam.

"Seramai 35 pelajar UMK akan turut serta dalam program itu yang akan bermula pada 21 Julai ini sehingga 3 Ogos depan dan mereka akan bekerjasama membentuk dan melaksanakan pelan perniagaan bersama peserta-peserta antarabangsa bagi membangunkan aktiviti perusahaan desa di tujuh buah perkampungan di daerah Tumpat," katanya di sini, Ahad.

Dr Farok yang juga Pengarah Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah UMK, berkata tujuh buah kampung yang terlibat ialah Kampung Tujuh Tengah, Kampung Sungai Tapang, Kampung Belukar Neting, Kampung Tujuh, Kampung Tujuh Masjid, Kampung Pak Kerau Hulu dan Kampung Pak Kerau Hilir.

"Antara projek pembangunan perusahaan desa yang akan dilaksanakan dalam program SEED ini ialah penternakan kambing, tanaman kulat, tanaman lada secara berkelompok, penternakan ikan sangkar dan ikan kering serta perusahaan keropok," katanya.

Beliau berkata kumpulan fokus untuk proram berkenaan ialah 200 penduduk kampung yang terdiri daripada kalangan miskin tegar, miskin dan mudah miskin.

"Antara objektif program ini adalah menggalakkan pembangunan ekonomi di sesebuah perkampungan, menggalakkan pembangunan dan pembelajaran merentasi budaya dalam konteks kehidupan sebenar masyarakat Asia dan kerjasama serta sumbangan berterusan kepada keusahawaanan sosial," katanya.

Katanya program itu pada kali ini turut mendapat kerjasama daripada Institut Teknologi Bandung (ITB), Indonesia.

Menurutnya, program itu bukan sahaja dapat membantu meningkatkan kemahiran insaniah generasi muda malah mereka bersama penduduk kampung dapat mencari kaedah penyelesaian yang mapan demi pembangunan ekonomi dan perubahan sosial.

Katanya program itu yang dilaksanakan di Kampung Cisondari dan Bandung, Jawa Barat di Indonesia pada tahun lalu dijangka dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang merupakan Menteri Mentor UMK pada 1 Ogos di Kampus UMK, Taman Bendahara, Pengkalan Chepa. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan