suria

Penjenamaan Semula Logo Transformasi KPTM

Shafie (dua dari kiri) melancarkan penjenamaan semula logo Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) sambil disaksikan Suhaimi (kanan) pada majlis pelancaran di Kuala Lumpur.
Shafie (dua dari kiri) melancarkan penjenamaan semula logo Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) sambil disaksikan Suhaimi (kanan) pada majlis pelancaran di Kuala Lumpur.
Shafie (dua dari kiri) melancarkan penjenamaan semula logo Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) sambil disaksikan Suhaimi (kanan) pada majlis pelancaran di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) kini memperkenalkan penjenamaan semula logo dalam proses kolej itu melakukan transformasi untuk memantapkan imej dan modul pengajian.

Pengenalan itu selaras dengan matlamat KPTM untuk menjadi peneraju pendidikan bertaraf dunia yang dikenali ramai.

Pengerusinya, Datuk Suhaimi Shahdan berkata, perancangan dan objektif KPTM menerusi penjenamaan semula ini adalah nilai tambah dan membina tahap keyakinan tinggi kepada pelakar agar ia terus relevan dengan kehendak pasaran.

”Keyakinan pelajar merupakan faktor utama yang akan dipupuk di KPTM bagi menambah nilai kualiti para pelajar.

”Inisiatif ini diharapkan akan melonjakkan lagi perkhidmatan di kalangan warga kolej dan seterusnya melahirkan ramai graduan yang cemerlang pada masa akan datang,” katanya.

Sejak dua dekat ditubuhkan, kolej milik penuh Majlis Amanah Rakyat (Mara) ini terus melaksanakan transformasi dari masa ke semasa dalam peningkatan kualiti institusi pendidikan di negara ini.

Penjenamaan semula logo itu dilihat dapat menjadikan KPTM melalui satu transformasi baru yang lebih kontemporari dan kekal dinamik.

”Ini merupakan usaha penambahbaikan yang dilakukan KPTM dan menjadi hala tuju baru yang mampu membawa kolej ini ke satu tahap yang membanggakan secara keseluruhan,” kata Suhaimi.

Selain itu, katanya, kakitangan dan pensyarah akan diberikan suntikan motivasi selain pendedahan pengalaman secara meluas terhadap subjek.

Menurut beliau, pendekatan itu dilaksanakan melalui susunan latihan bersama beberapa syarikat dan agensi yang membabitkan pensyarah.

”Kehidupan hari ini lebih mencabar serta memerlukan kita menjadi sangat peka kepada setiap perubahan yang berlaku.

“Justeru, perubahan ini amat seiring dengan perkembangan semasa bagi memartabat dan menambahbaik pengurusan kolej cemerlang secara berterusan,” ujarnya.

Walaupun persaingan dalam sektor pendidikan kini semakin sengit dan perkembangan institusi pengajiran tinggi swasta (IPTS), namun KPTM menjadikannya sebagai cabaran dan akan bersaing secara sihat dalam menyalurkan pendidikan kepada generasi muda.

Persaingan sihat seumpama itu adalah perlu bagi memastikan sesebuah institusi seperti KPTM sentiasa bergerak ke hadapan bagi mencapai objektif dan sasara.

Selain IPTS, institusi pengajian tinggi awam (IPTA) turu menjadi cabaran utama, namun Suhami menolak dakwaan itu kerana menganggap KPTM akan terus mencapai matlamatnya tanpa gangguan daripada mana-mana institusi.

“Diharapkan setiap perubahan ini menjadi titik tolak kepada warga KPTM termasuk pelajar untuk mengecapi kejayaan dan memanfaatkannya dalam cabaran lebih besar pada masa akan datang,” katanya.

Penjenamaan semula logo KPTM dilancarkan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Artikel Lain