Pelajar IPTA Bakal Nikmati Kemudahan Teknologi 4G

Diterbitkan: Khamis, 1 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Kira-kira 400,000 penuntut 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam di seluruh negara bakal menikmati kemudahan capaian jalur lebar data suara 4G melalui Program Rakan Pendidikan (EPP) YTL Communications Sdn Bhd (YTL Comms) menjelang akhir tahun ini.

Buat permulaan, kira-kira 20,000 penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjadi pelajar universiti pertama menikmati kemudahan itu bersama data, suara dan kemudahan mudah alih, hasil kerjasama menyediakan rangkaian liputan 4G berkenaan.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata perjanjian yang dimeterai antara YTL Comms dan UTM, adalah menepati konsep 1Malaysia bagi membangunkan tamadun masyarakat negara ini sejajar dengan kemajuan masyarakat maju di luar negara.

"Dengan perjanjian terbabit, kami yakin kadar penembusan jalur lebar ketika ini yang mencapai 37.5 peratus, akan dapat membantu kerajaan melepasi sasaran Inisiatif Jalur Lebar Negara sebanyak 50 peratus menjelang akhir tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak dan UTM diwakili Naib Canselornya Profesor Datuk Dr Zaini Ujang manakala YTL Comms oleh Pengerusi Eksekutifnya Tan Sri Dr Francis Yeoh dan Pengarah Eksekutif Yasmin Mahmood di UTM Skudai di sini, hari ini.

Sementara itu, Yeoh berkata MoU tersebut merupakan sejarah penting dalam membina generasi baru penuntut yang progresif serta mampu mendapat maklumat secara cepat dan mudah.

"Program berkenaan menyediakan peluang kepada penuntut untuk mengakses Intranet dan Internet pada bila-bila masa, di mana jua, di dalam kampus.

"EPP juga membolehkan penuntut membawa arus perubahan positif dalam suasana pembelajaran berteras 4G yang akan menyumbang ke arah kejayaan negara yang lebih cemerlang pada masa depan," katanya.

Dr Zaini pula berkata menerusi MoU tersebut, YTL Comms akan menyediakan kemudahan capaian Internet sehingga 300 megabit bagi seorang pelajar sebulan, secara percuma, untuk tempoh tiga tahun.

Beliau berkata, ia memudahkan penuntut khususnya mendapatkan maklumat lebih pantas bagi penyelidikan, perundingan dan pembelajaran.

"Menerusi perjanjian ini juga, UTM akan dapat meningkatkan kemudahan liputan Internet 100 peratus di kampus di sini, dan di Kuala Lumpur pada penghujung bulan ini," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan