JPA: Jangan Tertipu SMS Keputusan Rayuan PILN 2010 - Kampus | mStar

JPA: Jangan Tertipu SMS Keputusan Rayuan PILN 2010

Diterbitkan: Khamis, 17 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meminta ibu bapa serta pelajar yang menerima keputusan rayuan bagi biasiswa Program Ijazah Luar Negara 2010 (PILN) menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) supaya mengabaikannya.

Ketua Unit Komunikasi Korporat JPA Maizatushima Judi berkata, JPA tidak pernah menggunakan khidmat SMS bagi memaklumkan kepada pelajar mengenai keputusan rayuan mereka itu.

Sehubungan itu, beliau meminta pelajar yang menerima SMS tersebut supaya mengabaikannya bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan salah faham.

Maizatushima berkata pihaknya menerima beberapa aduan dan maklumat bahawa terdapat pelajar yang menerima SMS mengenai keputusan rayuan mereka itu. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan