USIM Mahu Tubuh Hospital Sendiri Di Nilai

Diterbitkan: Selasa, 15 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NILAI: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan menubuhkan hospital sendiri di sini dalam masa terdekat, kata Pengerusinya, Tan Sri Dr Mohamad Yusof Md Noor.

Beliau berkata, pihaknya kini menunggu kelulusan kerajaan untuk memulakan pembinaan hospital tersebut yang dianggarkan bernilai RM200 juta di tapak yang baru dibeli oleh USIM.

"Kita menanggung kos yang tinggi apabila mengendalikan Fakulti Perubatan dan Kesihatan di Pandan Indah, Kuala Lumpur dengan menyewa sebuah bangunan," katanya kepada pemberita pada Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi USIM, di sini hari ini.

Dalam majlis itu, USIM turut menempa sejarah sebagai satu-satunya institusi pengajian tinggi yang menerima sijil MS ISO 9001:2008 dan MS 1900:2005 berdasarkan pengurusan kualiti mengikut perspektif Islam.

Dr Mohamad Yusof berkata, apabila siap kelak hospital USIM akan turut menempatkan Fakulti Pergigian yang mempunyai peralatan tercanggih.

"Kita mahukan sebuah bangunan yang moden bagi hospital kita kelak. Moden dari segi ia boleh menjimatkan kos di mana kos itu boleh diguna untuk membeli peralatan perubatan yang terkini," jelasnya mengenai konsep pembinaan hospital berkenaan.

Beliau turut melancarkan laman USIM ONLINE yang boleh dilayari di http://www.usimonline.my/. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan