suria

Masterskill Akan Diperluas ke Luar Negara

KUALA LUMPUR: Masterskill University College of Health bercadang memperluas misinya bagi menyediakan pendidikan kejururawatan dan penjagaan kesihatan ke luar negara pada masa depan. Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Eksekutif Kumpulan Masterskill Education Education Group Bhd (Masterskill) Datuk Seri Edmund Santhara berkata negara luar termasuk India, Myanmar, Indonesia, China serta Timur Tengah.

Beliau berkata sehingga kini Masterskill telah melahirkan kira-kira 4,000 jururawat yang kini berkhidmat di pelbagai pusat penjagaan kesihatan seperti hospital kerajaan, hospital swasta dan pusat-pusat perubatan, katanya pada Majlis Jamuan Diraja dan Malam Penganugerahan bersempena Hari Jururawat Antarabangsa di sebuah hotel terkemuka di Subang Jaya di sini.

Majlis itu dihadiri oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah, Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, Canselor Masterskill University College of Health (Masterskill University) Raja Datuk Seri Azureen Sultan Azlan Shah, dan Naib Canselor Masterskill University Datuk Prof. Dr. Nik Raimah Nik Yacob.

Sejumlah 13 anugerah telah disampaikan, dengan Anguerah Tuanku Bainun menjadi perhatian utama majlis.

Penerima anugerah itu ialah Prof Madya Dr. Khatijah Abdullah. -BERNAMA

Artikel Lain