UPM Perkenal Sistem Pendigitalan Taman Botani

Diterbitkan: Sabtu, 12 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Universiti Putra Malaysia (UPM) memperkenalkan Sistem Pendigitalan tumbuhan ubatan di Taman Konservatori Pertaniannya sebagai inisiatif memodenkan bidang pertanian berimpak tinggi.

Naib Canselor UPM, Prof. Tan Sri Dr. Nik Mustapha R. Abdullah berkata, penggunaan sistem itu ialah untuk kemudahan informasi di taman itu sebagai rujukan masyarakat dan industri untuk menjana teknologi baru dengan menghasilkan inovasi pertanian.

“Pembangunan sistem ini merupakan projek perintis yang pertama diperkenalkan di Malaysia melibatkan taman botani di negara ini yang kini menjadi tumpuan pelawat dalam dan luar negara,” katanya semasa melawat Institut Biosains (IBS) UPM di sini baru-baru ini.

Taman botani berkenaan dibuka pada tahun 2006 menghimpunkan 500 spesies tumbuhan herba untuk tujuan penyelidikan sains biologi.

Dalam pada itu, Nik Mustapha berkata, moto UPM ‘Peneraju Pertanian Tropika Dunia’ memerlukan usaha berterusan dengan memfokuskan inovasi pertanian ke tahap lebih tinggi.

“Ini sejajar dengan hasrat kerajaan yang mementingkan pertanian berteraskan teknologi serta sokongan diberikan terhadap setiap perancangan dan perlaksanaan projek berteraskan penyelidikan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah IBS, Prof. Dr. Fatimah Md. Yusoff berkata, institut itu kini dalam proses dilengkapi dan diperakui kemudahan Makmal Bio-Keselamatan Tahap 3 (BSL-3).

Katanya, ia bagi memenuhi kriteria Standard Eropah EN12128 dan Garis Panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) (2004) yang akan mula beroperasi Ogos ini.

“Pembinaan makmal itu ialah untuk penyelidikan yang melibatkan pengendalian virus pathogen kelas III seperti Virus Nipah, SARS Coronavirus, Yellow Fever Virus, Mycobacterium Tuberculosis dan Bacillus Anthracis,” katanya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan