suria

Times Higher Education Guna Indikator Baru Penarafan Universiti Sedunia

SINGAPURA: The Times Higher Education (THE) merancang untuk menggunakan 13 indikator prestasi berbeza untuk menyusun jadual kumpulan bagi ranking universiti sedunia bagi 2010 dan selepas itu.

Indikator itu merupakan satu peningkatan dari hanya enam ukuran yang digunakan mengikut metodologi yang digunakan antara tahun 2004 dan 2009, menurut TSL Education Ltd, penerbit pendidikan terkemuka United Kingdom yang mengendalikan ranking dalam satu kenyataan di sini.

Pelbagai pilihan indikator individu akan dikumpulkan bagi menjadikan empat indikator keseluruhan bagi menghasilkan kiraan ranking yang muktamad, kata kenyatan itu.

Aspek teras bagi kegiatan sesebuah universiti yang akan dinilai adalah penyelidikan, kegiatan ekonomi dan inovasi, kepelbagaian antarabangsa dan 'indikator institusi' yang luas termasuk data mengenai reputasi pengajaran, pendapatan institusi dan pelajar dan bilangan kakitangan.

Pendekatan umum ialah untuk mengurangkan pergantungan ke atas indikator-indikator individu dan mempunyai satu keranjang indikator yang dikumpulkan merentasi kategori yang luas berkaitan dengan fungsi dan misi institusi pendidikan tinggi, kata Thomson Reuters, penyedia data ranking.

Kelebihan beberapa indikator ialah agar keseluruhan ketepatan itu dipertingkatkan, kata kenyataan itu.

THE mengumumkan pada November lalu bahawa ia telah menamatkan penyusunan dengan syarikat QS, yang membekalkan data ranking antara tahun 2004 dan 2009.

THE berkata ia membangunkan satu metodologi baru, hasil perundingan dengan Thomson Reuters, dan dengan para penasihat dan pembaca, untuk menjadikan ranking itu "lebih rapi, seimbang, canggih dan telus. -BERNAMA

Artikel Lain