UPM Perkasa Pelajar Sebagai Pengajar

Diterbitkan: Khamis, 6 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM)(kanan) mendengar penerangan penerima Anugerah Penyelidik Muda, Dr Tan Jo-Pei pada pameran sempena Majlis Gemilang Akademia Putra 2009 di UPM, Serdang, hari ini.Foto THE STAR Oleh: MOHD SAHAR MISNI
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM)(kanan) mendengar penerangan penerima Anugerah Penyelidik Muda, Dr Tan Jo-Pei pada pameran sempena Majlis Gemilang Akademia Putra 2009 di UPM, Serdang, hari ini.Foto THE STAR Oleh: MOHD SAHAR MISNI

KUALA LUMPUR: Universiti Putra Malaysia (UPM) kini memperkasakan pelajar sebagai pengajar dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran sejajar misinya untuk menjadi universiti bertaraf antarabangsa.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah berkata, pengajaran hari ini bukan lagi berpusatkan pengajar, tetapi prosesnya membabitkan pusat pembangunan pelajar.

Menurutnya, universiti menekankan elemen penting melalui hasil pembelajaran iaitu kemahiran insaniah yang diperlukan dalam setiap pengajaran.

“Banyak perubahan yang berlaku. Jika dulu pensyarah masuk mengajar, tetapi sekarang pelajar pula yang akan mengajar.

“Mereka mencari maklumat bagi memudahkannya dan pensyarah bertindak sebagai fasilitator,” katanya pada sidang media sempena Majlis Gemilang Akademia Putra (MGAP) 2009 di UPM Serdang, hari ini.

Majlis disempurnakan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Canselor UPM.

MGAP 2009 menggabungkan tiga anugerah akademik iaitu Anugerah Pengajaran Putra, Anugerah Penyelidikan dan Inovasi dan Anugerah Perunding Cemerlang.

Nik Mustapha berkata, acara itu mengiktiraf ahli akademik yang cemerlang dalam pengajaran, penyelidikan dan perundingan secara menyeluruh di universiti.

“Ini merupakan penganjuran kedua sebagai usaha UPM memberi ‘insentif’ kepada ahli akademik yang memberikan sumbangan pada tahap paling tinggi,” katanya.

Setakat ini, UPM mempunyai seramai 2,902 pensyarah termasuk tutor.

Senarai penerima Anugerah Pengajaran Putra:

Kategori: Anugerah Pengajar Cemerlang

1. Prof Madya Dr Noordin Mohamed Mustapha

2. Dr Manohar Mariapan

3. Dr Seca Gandaseca

Kategori: Anugerah Pengajar Muda

1. Dr Jalila Abu

2. Dr Muhamad Sham Shahkat Ali

3. Dr Shamala K Subramaniam

Senarai penerima Anugerah Penyelidikan dan Inovasi:

Kategori: Anugerah Penyelidikan Cemerlang

1. Prof Dr Mohd Adzir Mahdi

2. Prof Dr Muzafar Shah Habibullah

Kategori: Anugerah Penyelidik Muda

1. Dr M Iqbal Saripan

2. Dr Tan Jo-Pei

Kategori: Anugerah Inovasi dan Pengkomersilan

1. Prof Dr Suhaila Mohamed

Senarai penerima Anugerah Perunding Cemerlang:

1. Prof Ir Dr Mohd Saleh Jaafar (pertama)

2. Prof Madya Dr Lai Oi Ming (kedua)

3. Dr Helmi Zulhaidi Mohd Shafri (ketiga)

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan