suria

Sultan Pahang Lancar IIUM Kampus KL

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah (kiri) berkenan merasmikan Kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cawangan Kuala Lumpur, hari ini. Turut sama Rektor UIAM Professor Dr Syed Arabi Idid (kanan). Kampus ini merupakan kampus keempat UIAM selain di Gombak, Petaling Jaya dan Kuantan. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah hari ini melancarkan kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) Kuala Lumpur di Persiaran Duta di sini.

Ini adalah kampus keempat selain kampus utama di Gombak, Petaling Jaya dan Kuantan.

Sultan, yang juga ketua perlembagaan IIUM, diiringi oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang juga mentor IIUM.

Rektor IIUM, Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid berkata IIUM kampus KL mengandungi dua institusi lepasan siswazah, iaitu Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) dan Institut Perbankan dan Kewangan Islam (IIiBF).

Beliau berkata ISTAC menawarkan 10 program dalam lima bidang pengkhususan membawa kepada anugerah M.A dan Ph.D, meliputi bidang seperti Tamadun Islam dan lain-lain, Falsafah, Theologi, Etika, Sastera Islam dan Pengajian Moral.

Beliau juga berkata IIiBF menawarkan empat program yang termasuk Ph.D dalam Perbankan dan Kewangan Islam, Sarjana Sains dalam Perbankan Islam.

Dr Syed Arabi berkata konsep bangunan kampus adalah unik dan diiktiraf sebagai warisan nasional yang menampilkan kehebatan dan keindahan senibina Andalusia, Morocco dan Syria dan warisan kaya itu mencerminkan tamadun Islam zaman pertengahan. - BERNAMA

Artikel Lain