Kolej Laila Taib Di Sibu Jadi Kolej Universiti Menjelang 2012

Diterbitkan: Ahad, 2 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini secara rasmi mengumumkan kenaikan taraf Kolej Laila Taib (KLT) kepada kolej universiti menjelang 2012.

Perdana Menteri membuat pengumuman itu selepas melawat kolej itu yang ditubuhkan pada 1997 dan kemudian dikenali sebagai United College Sarawak (UCS) di Old Airport Road di sini.

Pada awal tahun ini, Yayasan Sarawak mengambil alih pentadbirannya atas pelawaan lembaga pengurusannya.

Ia kemudian dinamakan Kolej Laila Taib sempena Allahyarhamah Datuk Amar Laila Taib, isteri ketua menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai mengenang jasa beliau ke arah pembangunan pendididkan di negeri ini.

Najib berkata beliau begitu lama menjadi penyokong kuat negeri ini.

"Bila saya jadi Menteri Pelajaran, saya beri lesen menubuhkan kampus cawangan Curtin University di Miri. Kemudian, saya diminta memberi lesen bagi kampus cawangan Swineburne University di Kuching.

Hari ini saya menerima satu lagi permintaan, iaitu menaik taraf KLT menjadi kolej universiti pada 2012. Bagi pihak kerajaan persekutuan, saya bersetuju dengan permintaan ini atas dasar merit, kata beliau.

Najib berkata kerajaan telah memenuhi permintaan rakyat Sibu, kini bagi mereka memenuhi permintaannya, merujuk kepada pilihan raya kecil akan datang bagi kerusi Parlimen Sibu.

Beliau berkata ada satu aspek inisiatif 1Malaysia yang tidak dibincangkan dengan kerap tetapi sama pentingnya.

"Iaitu untuk membina Malaysia menjadi Negara Abad ke-21 dengan daya saing global.

"Kita perlu menyediakan, memupuk dan mengekalkan semua bakat yang dapat kita majukan dalam negara bagi membolehkan kita berbuat demikian," katanya. Kemudian, semasa melawat projek pembinaan semula SRK St.Mary di sini, Najib mengumumkan geran kerajaan RM1 juta untuk dana pembinaannya.

Kerajaan negeri sebelum ini memberikan geran RM600,000.

Sekolah itu dibina pada 1954 merupakan sebuah daripada sekolah rendah mubaligh kayu yang tertua di negeri ini.

Projek pembinaan semulanya diusahakan oleh mendiang anggota Parlimen Sibu dan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Robert Lau Hoi Chew yang meninggal dunia pada 9 April.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan