suria

IDERN Cetus Pembaharuan Pengajaran Pascasiswazah

SERDANG: Penganjuran International Conference On Doctorial Education (IDERN 2010) mampu menjadi platform bertaraf dunia untuk pelajar pascasiswazah berkongsi idea dalam aspek pengajaran dan pembelajaran.

Naib Canselor UPM, Prof. Datuk. Dr. Nik Mustapha R. Abdullah berkata persidangan yang berlangsung pada 19-24 April bertemakan ‘Connecting the Local, Regional and International in Doctorial Education’ itu bertujuan memperbaiki kualiti kaedah asas dalam penyelidikan yang sedang dijalankan oleh pelajar pascasiswazah.

“Persidangan ini menyediakan ruang perbincangan antara pentadbir, penyelidik, pendidik dan pengamal pengajian dan pembelajaran dalam penyelidikan secara efektif selaras dengan era globalisasi masa kini.

“Komunikasi dua hala antara pelajar dan pakar bidang berkaitan mengenai pandangan baru serta permasalahan penyelidikan masa kini akan merapatkan jaringan dengan penyelidik universiti antarabangsa selain memahami silang budaya dengan perkongsian ilmu masing-masing,” katanya pada majlis perasmian IDERN 2010 di sini baru-baru ini.

IDERN 2010 yang dianjurkan oleh Pejabat Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM memfokuskan secara meluas pendidikan pascasiswazah bagi mengenal pasti isu melibatkan kepelbagaian negara dan budaya, kritikan teori serta prospektif metodologi yang berkaitan isu pascasiswazah.

Artikel Berikut

Artikel Lain